in

CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG

Vivo V15 Pro Bukan Sekadar Pakar ‘Selfie’!

Vivo-V15-Pro-contest main 2

Memiliki telefon pintar hari ini bagaikan satu keperluan wajib bagi setiap individu. Terdapat pelbagai ciri yang membuatkan jenama dan siri telefon pintar itu menjadi pilihan.

Mungkin spesifikasi kamera yang menjadi keutamaan, atau mungkin fizikal yang membuatkan siri jenama itu yang membuatkan ia menjadi pilihan pengguna.

Korang pula suka yang bagaimana? Kalau jenis yang suka telefon pintar gempak tapi bajet tak berapa nak ‘cun’, mungkin boleh cuba ‘usha’ Vivo V15 Pro ini.

Agak-agak lepas baca mungkin korang boleh terjatuh hati rasanya dengan Vivo V15 Pro. Tak percaya? Jom check it out!

Penggunaan Lancar.

Paling menarik telefon pintar Vivo V15 ini ia dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 675 dengan binaan 11nm. Dengan ini pengalaman menggunakan telefon pintar ini menjadi lancar tanpa sebarang gangguan tersekat-sekat.

0026195_vivo-v15-pro-6gb8gb-ram-128gb-rom-original-set-6-free-gifts_600

Hasil Gambar Yang Mengagumkan!

Keluaran telefon pintar cukup terkenal dengan kameranya yang menarik. Jika siri sebelum ini sudah dapat menghasilkan gambar yang menarik, apakan pula Vivo V15 Pro ini? Dilengkapi dengan tri-kamera di belakang bagi membolehkan korang menghasilkan gambar pemandangan dengan mod ultra-lebar dan juga bokeh dengan sempurna.

resizer

Kualiti gambar dalam gelap? Usah risau dengan adanya mod malam yang disertakan bersama untuk kamera Vivo V15 Pro ini turut menjadikan ia lebih menarik.

Swafoto Yang Gempak!

Suka berswafoto? Kamera hadapannya juga turut mengagumkan. Dilengkapi dengan kamera hadapan pop up 32MP  menghasilkan gambar swafoto yang cukup gempak.

Harga Berbaloi

Antara ciri lain yang menarik adalah nyahkunci menggunakan sistem imbasan wajah dan imbasan cap jari yang pantas. Selain itu, harga yang ditawarkan agak murah bagi peranti kelas pertengahan seperti ini. Vivo V15 Pro dijual dengan harga RM1,899 sahaja untuk memori 8GB RAM.

Jom Sertai Vivo V15 Pro Top Influencer – 32MP Perfect Selfie Untuk Memenangi Lebih Dari RM100,000!

Siapa yang suka sangat berswafoto (selfie) bolehlah menyertai pertandingan dengan kerjasama telefon pintar dari siri Vivo V15 ini. Hadiahnya lumayan tau, lebih dari RM100,000!

Kalau korang tiada telefon pintar jenama Vivo sekali pun, korang masih layak menyertai pertandingan ini dengan mengambil swafoto menggunakan jenama apa-apa sekali pun. Bestkan?

Vivo-V15-Pro-contest

Penyertaan vivo V15 Pro Top Influencer – 32MP Perfect Selfie ini dibuka sehingga 24 Mei 2019 dan peserta Top 30 akan diumumkan pada 25 dan 26 Mei 2019.

Pemenang swafoto Top 5 hingga Top 30 akan dipilihan melalui jumlah ‘likes’ yang mereka perolehi di laman sosial.

Sertai Dengan Langkah Mudah Ini!

Berikut adalah langkah mudah untuk menyertainya:

Langkah 1: ‘Like’ Facebook rasmi vivo Malaysia

Langkah 2: Ambil swafoto (selfie) menggunakan telefon pintar anda.

Langkah 3: Muat naik gambar swafoto itu di Facebook atau Instagram dan tetapkan pada ‘PUBLIC’ dengan Hastag #vivoMalaysia #V15Pro #32MP #WorldFirstElevatingFrontCamera #V15ProTopInfluencer.

Jangan lupa sertakan sekali kapsyen ‘vivo V15Pro Top Influencer – 32MP Perfect Selfie’.

Langkah 4: Kongsi juga swafoto anda itu di ruangan komen dalam post pertandingan ini dengan klik di sini.

Kaedah Pemilihan Pemenang.

Vivo Malaysia akan memuat naik semua swafoto peserta dalam satu album yang disediakan khas untuk pertandingan ini bagi memudahkan orang ramai mengundi melalui butang ‘like’ bagi swafoto pilihan mereka.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman Facebook rasmi Vivo Malaysia.

Antara Contoh Rujukan.

Jom lihat contoh foto di bawah yang mungkin korang boleh jadikan sumber inspirasi bagi sertai pertandingan ini!

Vivo-V15-Pro-contest 1

Vivo-V15-Pro-contest 2

Vivo-V15-Pro-contest 3

Vivo-V15-Pro-contest 4

Vivo-V15-Pro-contest 5

Jadi, apa tunggu lagi? Mudah sahajakan? Jom hantar penyertaan sebelum 24 Mei ini!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote
mandi jenazah pencuri main

“Baguslah Tu. Harap Insaf Lepas Ni” – Angkara Mencuri, Lelaki Ini Dimandikan Di Tempat Jenazah!

bella2

“Moving On With My Little Soldier”- Ini Kapsyen Panjang Bella Astillah, Netizen Minta Kuat!