in ,

Wow, Bandar Ini Tidak Pernah Dituruni Hujan Kerana Berada ‘Di Atas Awan’! Bagaikan Dalam Kisah Dongeng!

bandar atas awan main

Sekali lihat foto bandar ini bagaikan dalam sebuah kisah dongeng. Lokasinya terletak nun tinggi di sebuah pergunungan, lebih tinggi dari kedudukan awan!

BACA: Mayat Manusia Boleh Dijadikan Baja Kompos?

Bagaikan sebuah negeri di atas awan, tidak ramai yang mengetahui akan kewujudan bandar Tayeb di Harraz ini.

Terletak di Semenanjung Arab.

Ianya terletak di kawasan pergunungan iaitu di jajaran gunung tertinggi di Yaman dan Semenanjung Arab yang juga sebahagian daripada kawasan Sarawat.

Binaan rumah penduduknya di kaki gunung memang cukup unik sekali. Lebih menakjubkan apabila bandar itu tidak menerima hujan kerana kedudukannya yang berada di atas awan.

bandar atas awan 2

Malah ia turut diiktiraf sebagai satu-satunya tempat tinggal atau bandar di dunia yang tidak menerima hujan.

Pernah menjadi sebuah kubu.

Bangunan-bangunan di bandar ini dibina dengan batu pasir dan basalt dalam corak yang amat sesuai dengan alam sekitarnya menjadikan ia sebagai sebuah kubu kuat dinasti Sulaihid pada abad ke-11.

bandar atas awan 1

Uniknya, bandar yang dibina pada tahun 1037 ini masih wujud sehingga kini dengan penduduknya adalah yang beragama Islam.

Kedudukannya ini memberikan penduduk bandar berkenaan melakukan aktiviti bercucuk tanam seperti gandum, lentil, bijirin, kopi di teres-teres pergunungan ini.

bandar atas awan 4

Dalam bandar ini terdapat beberapa buah kampung yang diberi nama seperti Manakhah, Banu Mora, Al-Hajjara dan lain-lain lagi. Kampung Manakhah antara yang terbesar di Jabal Haraz dan mempunyai pasar yang menarik buat penduduk kampung berdekatan mendapatkan sumber mereka.

Sumber: Dutable / vnslive

baja kompos dari mayat manusia

Mayat Manusia Boleh Dijadikan Baja Kompos?

hotel pesawat dalam hutan main

Dua Beranak Sanggup Belanja Besar Demi Realisasikan Idea ‘Gila’ Buat Hotel Pesawat Dalam Hutan Di Pahang!