Memiliki anak merupakan satu keinginan semua pasangan namun siapa menyangka, Aidil Aziz dan Fasha Sandha diuji apabila kehilangan anak sulung mereka.
BACA: “Ibu Mintak Maaf Suamiku Tercinta..”- Fasha Sandha Sedih ‘Keguguran’
Pada pagi tadi, Fasha melalui Instagram ada berkongsi bahawa dirinya keguguran membuatkan ramai turut sedih dengan berita tersebut.
Ramai doakan pasangan ini agar kuat
Namun, menerusi laman Instagram milik Fasha sekali lagi pengkongsiannya membuatkan ramai sedih apabila dia memuat naik video anak-anak menangis.
Dilaman Instagram milik Aidil pula, dia mengatakan redha adalah pasti kerana belum rezeki mereka namun pasangan ini akan berusaha lagi.
Redha itu pasti..
Dalam pada itu tulis Aidil juga, dia meminta agar netizen dilaman Instagram miliknya mendoakan yang terbaik buat mereka.
Lalu netizen dan rakan artis juga tidak henti mendoakan pasangan ini selain mereka juga meminta agar Aidil mahupun Fasha kuat menghadapi ujian ini.
Sumber: Aidil Aziz