Umum tahu betapa tenatnya keadaan bumi kini. Pelbagai kaedah diperkenalkan bagi mengurangkan kesan pencemaran pada alam sekitar di sekeliling kita. Juga di Malaysia sendiri pelbagai kempen telah dijalankan oleh badan kerajaan dan juga bukan kerajaan.
BACA: [FOTO] “Bahasa Dia Extraordinary Betul!” – Ulasan Fesyen Raya Ini Memang Boleh Berdekah!
Namun sejauh mana keberkesanannya? ‘Tepuk dada tanya selera’. Sanggupkah anda mewariskan bumi yang sudah nazak kepada anak cucu kita nanti? Dimana tiada lagi sumber air bersih, makanan dari bahan semula jadi dan yang paling penting udara bersih!
Beberapa hari lalu tular di laman sosial dengan satu klip video yang menunjukkan bagaimana keadaan bumi pada tahun 2050. Video tersebut telah raih 3.24 juta dan lebih daripada 155,000 retweets!
Video berdurasi kurang dari satu minit itu sudah cukup memberikan maksud mendalam mengapa pentingnya menjaga alam sekitar demi ekosistem kehidupan di bumi.
Saw this on Instagram today, and I can’t explain how much this hurts me to see. Please everyone watch this video and realize how real this is. pic.twitter.com/GzpaIih7zn
— KAE (@kaeeelii) June 10, 2019
Rata-rata netizen yang menonton klip video ini meninggalkan komen seperti berikut:
Ada yang berpendapat kempen boikot straw plastik hanya trend dan tiada pendekatan yang lebih bagus untuk menghalang dari penggunaan bahan ini dalam kehidupan seharian.
“Tahun 2019 pun sudah kelihatan sebegini rupa..”
Sumber: Kae