in

“Spidey Riders” Keluar Untuk Hantar Pesanan GrabFood, Jangan Lupa Minta Selfie!

wsdc

Filem Spider-Man: Far From Home bakal ditayangkan di pawagam bermula 3 Julai ini. Bersempena dengan itu, Sony Pictures Entertainment Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan GrabFood untuk memberikan pengalaman menarik kepada peminat-peminat Marvel dan Spider-Man.

BACA: Selepas Kasut Crocs Jadi Kegilaan, Kini Datang Pula Beg Optari Dengan Ciri2 Yang Memang Sama Padan!

Dari 28 hingga 30 Jun 2019, seramai 833 “Spidey Riders” dari GrabFood akan bertugas menghantar pesanan di sekitar Lembah Klang dalam baju Spider Man! Jadi jangan terkejut jika abang Spider-Man tiba-tiba muncul di depan pintu anda dengan pesanan makanan.

48140400147_dbe91cfc92_z

Beri penghormatan kepada rakan penghantar GrabFood.

Usaha ini adalah bagi memberi penghormatan kepada adiwira harian ini yang selama ini membantu memudahkan kehidupan orang ramai dengan memastikan pesanan makanan kita sampai dengan selamat dan tepat pada masanya.

Peluang Untuk Menang Barangan Edisi Terhad Spider-Man.

Selain itu Sony Pictures Entertainment Malaysia juga akan menawarkan pelanggan GrabFood peluang untuk memenangi rangkaian edisi terhad barangan filem Spider-Man: Far From Home. Pelanggan hanya perlu berswafoto bersama Spidey Riders yang menghantar makanan mereka dan memuat naik gambar selfie itu ke laman Facebook/Instagram mereka berserta hashtag #SpideyRiders dan #SpiderManFFH.

48140400342_c2ff547c93_z

Pemenang bertuah bakal mendapat sebuah edisi terhad Playstation®4 Pro Marvel Spider-Man bersama dengan fon kepala pembatalan bunyi tanpa wayar dari Sony. 10 pemenang saguhati pula akan menerima baju T Spider-Man: Far From Home.

Sumber: Facebook

jjj

Selepas Kasut Crocs Jadi Kegilaan, Kini Datang Pula Beg Optari Dengan Ciri2 Yang Memang Sama Padan!

(BARU) Fesed Image HCL

BF Terlebih Prihatin Selamatkan ‘Bulu Mata Palsu’ Lengkap Label Kiri Kanan, Netizen Tersentuh!