in

[VIDEO] “Aku Terhibur!” – Berdekah Tonton Gelagat ‘Prank Boomerang’ Ini!

prank boomerang main

Dalam kalangan teman-teman korang mesti ada salah seorang yang suka buat perangai mengenakan kawan sendiri bukan? Orang kata ‘gurau kasar’ nampaknya! Tapi bergantung kepada individu itu sendiri sama ada mampu untuk menerima gurauan itu sebagai satu bahan jenaka atau pun sebaliknya.

BACA:[VIDEO] “Wow, Freestyle Dance!” – Gelagat Adik Ini Menari Buat Ramai Yang Terhibur!

Beberapa hari lalu tular di sosial media dengan satu video yang memaparkan sekumpulan pelajar yang ‘dikenakan’ oleh sahabat mereka sendiri. Menurut kapsyen video tersebut adalah ‘Boomerang Prank’.

Rakaman yang dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter, Iskandar berdurasi 15 saat itu menunjukkan sekumpulan remaja itu tampil dengan aksi tersendiri demi video boomerang (video berulang-ulang) yang cukup popular dalam kalangan pengguna Instagram.

Namun si perakam hanya merakam video dan bukannya boomerang. Memang terkena habis!

Korang tonton sendiri rakaman berikut:

Rakaman tersebut telah meraih 324,000 tontonan dan lebih dari 30,000 retweets!

Rata-rata netizen turut tercuit hati dengan video tersebut dan meninggalkan komen seperti berikut:

“Seram plak muzik dia”

prank boomerang 1

“Weh gigihnya semua..Hahahha”

prank boomerang 2

“Ya Allah…Hahahha..I kenot”

prank boomerang 3

Sumber: Iskandar

adik menari masdo main

[VIDEO] “Wow, Freestyle Dance!” – Gelagat Adik Ini Menari Buat Ramai Yang Terhibur!

aliff

“Harap Bella Tak Cair…”- Muat Naik Status Khas Bt Bella Astillah, Aliff Aziz Dikecam Tapi Ramai…