in

“Battinson” Dapat Green Light, Robert Pattinson Ke Alam DC Sebagai Batman

5

Khabar angin bahawa Robert Pattinson akan membawa watak Batman akhirnya menjadi kenyataan apabila WarnerBros. mengumumkan berita itu semalam.

BACA: [VIDEO] Tular Trailer ‘Makmum’, Netizen Kongsi Pengalaman Seram Sama Seperti Filem Ini!

Walaupun ramai peminat DC yang terkejut dengan keputusan WarnerBros. itu, ada juga yang merasakan Pattinson akan dapat melakonkan watak itu dengan sempurna jika melihat kepada track record watak-watak yang pernah dibawanya sebelum ini.

water-for-elephants-broadway-musical

Namun begitu, ada juga yang tidak begitu gembira dengan “Battinson” kerana masih tidak dapat melupakan reputasi Pattinson sebagai Edward Cullen di dalam Twilight.

Twilight-star-Robert-Pattinson-as-Edward-Cullen-794437

“Suka dia sebagai pelakon tapi bukan sebagai Batman”

battinson1

“Dia akan nampak macam Batman yang kemurungan.”

bat3“Pandangan aku terhadap Batman ni takkan sama, aku takkan tengok filemnya. Tak sangka dorang buat benda ni, dia tu teruk…”

 

bat1

“Sangat tak happy pasal ni, tak boleh nak bayangkan. So aku tak akan pergi tengok…”

bat2

“Tak sangka dorang akan menghina Batman macam tu”

bat4

“Orang yang kenal dia dari Twilight je yang kecewa. Kalau korang tengok filem indie dia yang lain, dia memang pelakon yang serba boleh.”

battinson

Selain Pattinson, aktor-aktor lain yang turut bersaing untuk dipilih menjadi Batman pada awalnya termasuklah Ansel Elgort, Dylan O’Brien, Kit Harrington, Aaron Taylor-Johnson, Richard Madden, and Armie Hammer, sehinggalah hanya tinggal Robert Pattinson dan Nicholas Hoult. Hoult mungkin tewas kepada Pattinson kerana penerbit tidak mahu ada kekeliruan memandangkan Hoult telah pun menjadi sebahagian daripada dunia Marvel menerusi filem X-Men sebagai Beast.

Apa-apa pun, tahniah kepada Robert Pattinson.

Sumber: Twitter, Heroic Hollywood

(BARU) Featured Image HCL

Jual Karipap Guna Imej Serena Redzuawan, Chef Wan Melenting

hadiah kereta sebak main

[VIDEO] Tular Video 8 Anak Hadiahkan Kereta Kepada Ibu Ayah, Netizen Turut Tumpang Sebak