in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Biodata Amelia Handerson – Pelakon Kacukan Berbakat ‘Besar’!

bio amelia henderson main

Namanya mungkin tidaklah sering menjadi sebutan di media arus perdana, namun bakat yang dimiliki gadis ini cukup mengagumkan!

BACA: Biodata Bella Astillah

Pelakon yang pernah popular dalam drama Cinta Non Grata ini memiliki rupa paras yang cukup menawan. Bukan itu sahaja, bakatnya mula dicungkil sejak beliau berusia setahun lagi.

bio amelia henderson 1

Kenali selebriti kesayangan Malaysia menerusi perkongsian ini.

Biodata Amelia Handerson

NAMA PENUH: Amelia Thripura Henderson
NAMA PANGGILAN: Amelia Handerson
TARIKH LAHIR: 20 Oktober 1995
TEMPAT LAHIR: Ampang, Selangor
UMUR: 24 Tahun
PEKERJAAN: Pelakon, pelakon suara, pengacara televisyen dan model.
INSTAGRAM: Ameliath

Kisah Peribadi

Ibunya, Jaya Rudralingam berketurunan India dan Sri Lanka yang juga seorang doktor gigi. Manakala bapanya Graham L. Henderson berketurunan Scotland berkerja sebagai arkitek.

Amelia memeluk Islam dan menggunakan nama Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah.

Beliau pernah mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 dengan Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar yang juga merupakan anak kepada Tunku Bendahara Kedah Almarhum Tunku Tan Sri Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Haji Sir Badlishah dan Toh Puan Noor Suzanna.

Bagaimanapun perkongsian hidup mereka tidak bertahan lama dan akhirnya berpisah pada 2018.

Jalur Kerjaya

Gadis berdarah kacukan India dan Scotland ini mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2006 lagi. Beliau bermula dengan menjadi model iklan Mothercare yang pada ketika itu baru berusia setahun.

Salah satu iklan yang dilakonkan Amelia ketika kanak-kanak:

Amelia Handerson yang fasih berbahasa Inggeris dengan slanga British dan Amerika di zaman kanak-kanaknya telah berjaya memulakan langkah dalam kariernya dalam dunia perfileman Amerika Syarikat apabila terpilih menjadi pelakon suara untuk filem animasi terkenal, Barbie In A Christmas Carol.

MV5BNWJiMmQ0MGYtNDhmNC00ZTBmLTg5YzktNDYwY2EzYTJmNzI0XkEyXkFqcGdeQXVyNDgyODgxNjE@._V1_

Selain itu, beliau turut menyumbang suara beberapa siri kartun lain seperti Telentime, Barbie and The Three Musketeers, Sing Along With Barbie, Pisau Cukur, Seefood, War Of The Worlds: Goliath dan alih suara untuk filem Ribbit.

Antara drama tempatan yang pernah dilakonkannya adalah Keluarga Adam, Kasut Tumit Tinggi, Keluarga Pontimau, Oh My English!: After School, Pengantin 100 Hari, Jangan Benci Cintaku dan Cinta Non Grata.

46580727095_6a5b450c76_c

Beliau juga pernah membintangi beberapa telefilem seperti Anak Mat Salleh Tapi Melayu, Renjana, DM Hati Awak, 30 Hari Membunuh Cinta dan Nadi Luna.

Berikut antara foto terkini Amelia Henderson:

Sumber: Wikipedia / Berita Harian / Ameliath

(BARU) Featured Image HCL

[VIDEO] Penyanyi Wanita Simpan Anak Beruang Matahari Dalam Rumah Secara Haram

aidil

[VIDEO] “Adui Aku Pulak Yg Menangis”- Aidil Aziz ‘Redha’, Anak2 Pula Menangis Buat Ramai Sedih