in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Biodata Mimi Lana

biodata mimi lana main

Nama pelakon ini kian meningkat naik selepas watak Mira yang dipegangnya dalam drama Cari Aku Di Syurga yang bersiaran di TV3 baru-baru ini. Dikatakan lakonannya cukup bersahaja dan ‘hidup’ di samping pelakon hebat lain seperti Aeril Zafrel dan Janna Nick.

Dikenali dengan nama Mimi Lana, pelakon ini juga turut terpalit dengan gosip terkini iaitu dikatakan sedang bercinta dengan Syafiq Kyle yang juga seorang pelakon.

BACA: “U so fine”- Syafiq Kyle Balas Komen Mimi Lana Dengan Emoji Ciuman, Ramai Patah Hati!

Info ringkas mengenai Mimi Lana.

NAMA PENUH: Mimi Rozaiana binti Zainal Abidin
NAMA PANGGILAN: Mimi Lana
TARIKH LAHIR: 21 November 1995
TEMPAT LAHIR: Taiping, Perak
UMUR: 24 Tahun
INSTAGRAM: missmimilana

Kerjaya Seni

Mungkin ramai yang tidak tahu Mimi Lana mula menceburi dunia hiburan selepas menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015. Waktu itu, Mimi Lana menyertai pertandingan itu bersama Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Puteri Aishah dan lain-lain lagi.

Beliau yang mewarisi bidang lakonan dari neneknya yang juga seorang pelakon pentas di era P.Ramlee. Pada awalnya Mimi Lana menjadi seorang model dan kemudiannya baru berjinak-jinak beralih ke dunia lakonan.

“Alhamdulillah, sepanjang 5 tahun berada dalam industri saya diterima baik dan menerima pelbagai watak daripada pengarah. Saya tidak berada dalam industri ini untuk mengejar populariti, sebaliknya bersedia dan terbuka menimba ilmu berkaitan dunia lakonan supaya dapat dijadikan bekalan demi kelangsungan karier.” – Mimi Lana

Hampir lima tahun berkelana dalam dunia lakonan, beliau pernah berlakon dalam beberapa drama popular seperti Kisah Cinta, Cinta Jannah, Sekali Aku Jatuh Cinta, Sein dan Luna serta Halalkan Hati Yang Ku Curi.

Selain itu, Mimi Lana turut pernah membintangi beberapa telefilem seperti Hanya NamaMu, Fatihah Untuk Mama, Selirat, Neraka Kasih Maisarah dan Terlakur Cinta Suci.

Foto terkini Mimi Lana

View this post on Instagram

Living in my own modern fairytale 🧚🏻‍♀️

A post shared by MIMS (@missmimilana) on

Sumber: Wikipedia / Kosmo

PUBG teen 16 old died

Main PUBG Tanpa Henti, Remaja 16 Tahun Maut!

(BARU) Featured Image HCL

[VIDEO] Pelakon Jepun Dendang Lagu Raya Saloma