in ,

Cita Rasa Luar Biasa, Tema Hari Jadi Kanak-Kanak Ini Buat Netizen Terkejut!

(BARU) Featured Image HCL

Kebanyakkan keluarga pasti teruja untuk menyambut hari kelahiran anak kecil mereka. Biasanya ibu bapa akan menetapkan tema buat majlis hari jadi mengikut watak kegemaran anak mereka. Barbie, Frozen, watak superhero dan binatang adalah antara tema yang biasa menjadi inspirasi. Namun lain pula kisah bagi seorang kanak-kanak bernama Lucia Brown dari Mexico yang memilih watak The Nun untuk tema majlis hari jadinya yang ke-3.

BACA: [FOTO] Apabila Maskot Makanan Segera Di’anime’kan Menjadi Karekter “Super Villain”

Pada mulanya ibu bapa Lucia tidak mengendahkan permintaan kanak-kanak itu untuk membuat majlis bertemakan The Nun. Tetapi oleh kerana dia masih bertanya bilakah mereka akan membelikan kek The Nun untuknya selepas mengadakan majlis hari jadi yang formal, ibubapa budak perempuan itu terpaksa menuruti kehendaknya itu dan mengadakan majlis kali kedua bertemakan The Nun 4 hari kemudian.

WhatsApp Image 2019-06-18 at 17.03.02 (2)  WhatsApp Image 2019-06-18 at 17.03.02  WhatsApp Image 2019-06-18 at 17.03.03 (2)

Ibu Lucia berkata anak perempuannya menjadi peminat filem the Nun apabila dia bermalam dirumah neneknya dan bercadang menonton filem. Lucia diminta memilih filem dan dalam banyak-banyak poster yang ditunjukkan, dia paling tertarik dengan poster The Nun.

Walaupun keluarganya memberitahu ia bukan filem kartun, Lucia tetap berkeras. Nenek Lucia menyangka kanak-kanak itu akan ketakutan tetapi sebaliknya dia sangat terhibur. Dia menonton filem itu sehingga habis dan telah menontonnya berulang kali.

Gambar birthday party itu dikongsikan kakak saudara Lucia di Twitter sehingga mendapat perhatian ramai termasuklah selebriti dan personaliti popular.

Hadiah dari Redbox

WhatsApp Image 2019-06-18 at 17.00.58

“Dia ada bapa angkat tak?”

WhatsApp Image 2019-06-18 at 17.03.02 (3)

“Selamat hari jadi…gembira selalu…”

WhatsApp Image 2019-06-18 at 17.03.03 (1)

“Seperti Wednesday Addams sebenar”

WhatsApp Image 2019-06-18 at 17.03.03

Fanart Lucia bersama patung The Nun

WhatsApp Image 2019-06-18 at 17.00.57

 

Sumber: Twitter, Huffpost

zizi0

[VIDEO] “Sumandak Sabah, Suma Cantik2…”- Bella Astillah, Zizi & Didi Menari’, Dipuji Cantik!

mak cik nirvana main

[VIDEO] “Salute! Terbaiklah Mak Cik!” – Rakaman Wanita Berhijab ‘Cover’ Lagu Nirvana Bikin Ramai Yang Terpegun!