in ,

OMGOMG WTFWTF

Fenomena Boba Atau Pearl Milk Tea, Ini Antara Menu Yang Sedap Digabungkan Bersama Dengannya!

boba menu main

Selain dari minuman Pearl Milk Tea dan Brown Sugar Pearl Milk yang menjadi kegilaan ramai kini, beberapa jenis hidangan lain yang bertemakan ‘pearl’ ini pastinya buatkan ramai yang meleleh air liur!

BACA: Ketagih Boba Pearls? Ini Kandungan Sebenar Gula Yang Terdapat Dalam Minuman Bubble Tea

‘Boba’ atau nama lainnya ‘pearl’ kini menjadi salah satu minuman yang paling viral di abad ini!

Namun minuman dengan tambahan bahan ini dikatakan memiliki kadar gula yang sangat tinggi. Jadi minum sekali-sekala itu bolehlah kot ya?

Tinggalkan minuman dengan tambahan ‘boba’ ini, Taiwan kini memperkenalkan beberapa jenis hidangan dengan menggunakan bahan ini. Wow!

1. Kek ‘Pearl’

Di Lembah Klang sendiri ada beberapa kafe yang menjual hidangan ini. Memang sejenis hidangan lain dari yang lain. Bagaimana pula rasanya kek yang lembut dihidangkan bersama pearl yang sedikit kenyal ini ya?

Teringin nak rasa? Bolehlah buat tempahan di The Baker Ministry.

50014458_2003678879925054_5252114089492086784_n

2. Boba aiskrim Tealive

Jenama Tealive yang cukup popular dengan fenomena minuman bubble tea ini kini ada menjual ais krim pula.

Sekarang musim panas, kalau dapat satu ais krim ini ‘lalu’ di tekak…Perghhh!

boba ice cream

3. Boba Pizza

Memang nampak pelik ada ‘biji-biji hitam’ di atas piza buka? Entah bagaimana pula rasanya nanti? Nak tahu rasanya kenalah cuba di MyPizzaLab.

Jika piza biasanya dilapiskan dengan sapuan tomato, tapi boba pizza ini dilapisi dengan pes cempedak. Kemudian barulah ditabur dengan pearl dan mozarella.

mypizzalab_boba_pizza_kl

4. Souffle Pancake

Bayangkan rasa lembut gebu souffle digabungkan dengan rasa pearl yang kenyal-kenyal…Hmmm susah nak cerita.

Kalau korang penggemar Milk Tea Pearl boleh tahu nikmat rasanya menu yang satu ini.

47582806_1133222810183290_3160114583029190451_n

5. Brown Sugar Boba Toast

Satu lagi menu yang rasanya pasti ramai yang mahu mencubanya. Memang luarbiasa ni! Kalau nak cuba boleh kunjungi Chubbeecloud Damansara Utama di alamat berikut:

85-G, Jalan SS 21/1a,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor.

boba pie

Sumber: Chubbeecloud / MyPizzaLab / Tealive / Bakerministry

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nama anak google main

Letak Nama Anak ‘Google’, Bayi Ini Dianugerahkan Nama Paling Aneh!

t

Romantik! Demi Cinta Lelaki Ini Labur RM4.5 Juta Bina Kediaman Minangkabau Untuk Isteri