in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Ingin Buat Kejutan Hari Jadi Untuk Teman Wanita, Tapi Diri Sendiri Yang Terkejut!

page

Kaum lelaki memang gemar membuat kejutan untuk pasangan mereka kerana ia dianggap “sweet” dan romantik. Namun, lain pula kisahnya buat seorang pemuda dari China ini yang cuba membuat kejutan untuk teman wanitanya tetapi kesudahan dia pula yang mendapat kejutan.

BACA: Gara-Gara Terlalu Sejuk Dalam Kereta, Gelagat Bapa Lelaki Ini Bikin Berdekah!

Perkara itu diketahui ramai apabila gambar lelaki yang kelihatan seperti dia sedang bersembunyi disebalik dinding sambil memegang sejambak bunga tular di media sosial. Namun yang menarik perhatian netizen ialah cerita lelaki itu tidak berakhir dengan gembira.

Capture

Kapsyen dibawah gambar itu bertulis, “Hari ini adalah hari jadi teman wanita saya, jadi saya terfikir untuk membuat kejutan untuknya. Tapi tidak sangka pula saya akan melihat adegan ini”.

Adegan yang dimaksudkan ialah teman wanitanya dilihat bermesra dengan lelaki lain. Jika diperhatikan, terdapat satu pasangan berdekatan dengan sebuah kereta pada latar belakang lelaki itu di mana gadis itu sedang memeluk erat seorang lelaki.

D8L2MG5UwAAVkur

viral-photos-show-man-wanting-to-surprise-gf-on-birthday-but-saw-her-with-another-guy-world-of-buzz

Dalam kongsian beberapa gambar lain, lelaki malang itu dilihat sedang cuba sedaya upaya untuk menahan dirinya dari menangis setelah mendapati teman wanitanya curang.

Netizen meluahkan rasa simpati mereka kepada lelaki itu dan ramai yang menasihatkannya supaya memutuskan hubungan dengan perempuan itu. Ada juga yang berpendapat mungkin lelaki yang dipeluk perempuan itu hanya kawannya.

Sumber: World of Buzz

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(BARU) Featured Image HCL

Kongsi Gambar Tanpa Solekan, Kecantikan Semula Jadi Neelofa Buat Netizen Terpegun

(BARU) Featured Image HCL

“Saya Terpaksa Sembur Pewangi..”-Penumpang Bas ‘Selamba’ Lepas Hajat Di Tempat Duduk