in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

“It’s Real (Ia Nyata)” – Wanita Mati Selama 27 Minit Tulis ‘Itu’ Sebaik Tersedar Semula

mati hidup semula main

Setiap yang hidup pasti akan mati. Itu adalah fitrah alam yang tiada siapa pun dapat menyangkalnya. Tidak kira seseorang itu sihat atau pun sakit, ajal tidak menunggu.

BACA: Budak Kunci Diri Dalam Kereta Sebab Tak Mahu Ibu Ambil Handphone Dia. Siap Kena Panggil Bomba!

Seorang wanita, Madie Johnson berkongsikan kisah ajaib ibu saudaranya yang mengalami detik kematian selama 27 minit.

Tina Hines, ibu saudara wanita itu dikatakan meninggal dunia dalam tempoh itu dan dihidupkan kembali. Detik cemas menyelamatkannya itu dilakukan sebanyak enam kali, empat kali oleh suaminya dan dua kali di hospital.

Tina bersama suaminya.
Tina bersama suaminya.

Madie Johnson bercerita ibu saudaranya itu mendapat serangan jantung pada ketika itu dan menurut doktor dia telah mati dan ‘dibangkitkan’ semula sebelum kembali tidak sedarkan diri di hospital.

“Dia diletakkan di atas defibrillator dan setelah sedar semula dengan ajaibnya dia tidak boleh bercakap. Perkara pertama yang dia lakukan adalah meminta pen dan menulis dalam buku jurnal sepupu saya ‘it’s real’ (ia nyata)”, tulis Madie.

Tulisan asal yang ditulis Tina sebaik tersedar semula.
Tulisan asal yang ditulis Tina sebaik tersedar semula.

Orang di dalam bilik bertanya apa yang nyata dan dia menunjukkan ke langit dengan air mata berlinangan.

Tulisan cakar ayam Tina Hines sebaik tersedar semula itu kini diabdikan dalam bentuk tatu yang dibuat pada pergelangan tangan Madie.

Madie memuat naik gambar tatu tersebut di media sosialnya dan berceritakan mengenai kisah ini kepada pengikutnya.

View this post on Instagram

(sharing because this story is too cool not to share) A little over a year ago my Aunt Tina, one of the most amazing, discerning, and healthy people I know had an unexpected cardiac arrest and according to doctors had died and was brought back to life four times by my Uncle Brian and first responders before arriving to the hospital. She was put on a defibrillator and after miraculously waking up the first thing she did, unable to speak because she was intubated, was ask for a pen and in my cousins journal wrote “it’s real”. The people in the room asked “what’s real?” and she responded by pointing up to heaven with tears in her eyes. Her story is too real not to share and has given me a stronger confidence in a faith that so often goes unseen. It has given me a tangibleness to an eternal hope that is not too far away. I love you @_tinahines! The way you boldly love Jesus and others has changed the way I hope to live and love❤️

A post shared by Madie Johnson (@madiejohnson) on

“Kisahnya terlalu menarik untuk tidak dikongsi dan memberi saya lebih keyakinan dalam kepercayaan yang sering kali tidak kelihatan,” tulisnya.

Jika dilihat sekali imbas tulisan cakar ayam itu seperti dalam satu bahasa yang tidak difahami. Namun jika diteliti jelas tertulis, ‘It’s real’.

Sumber: Metro UK

elfira5

“Yelaah Mestilah Makin Berisi. Kang Makin Kurus Orang Kata Anak Sakit Pulak Hehe”- Elfira Loy

ccc

[FOTO] IKEA Beri Pelanggan Peluang Untuk Reka Sofa Sendiri, Pilihan2 Mengarut Netizen Undang Ketawa!