in

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Kongsi Perkara-Perkara Haram Yang Teringin Dibuat, Ini Pendapat Ustaz

(BARU) Featured Image HCL

Berikutan tweet viral ditujukan kepada netizen beragama Islam 3 perkara haram yang teringin untuk dibuat, ramai yang tidak berfikir panjang untuk berkongsi keinginan mereka jika tiada hukum haram atau dosa yang menghalang mereka. Antara yang dikongsikan termasuklah memegang anjing, tinggal serumah bersama mahram, berjudi, dan membuat tattoo.

BACA: [FOTO] “Raya Dgn Muka Breakout Takdehal”- Kongsi Selfie Raya, Keyakinan Gadis Ini Dipuji!

Rangkaian tweet itu telah mendapat banyak reaksi negatif dari segelintir netizen yang terkesan dan merasakan tweet itu mengaibkan orang Islam. Oleh itu Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan dari USIM tampil untuk memberi pendapat.

“Islam, tapi niat kemain”

WhatsApp Image 2019-06-14 at 20.54.17 (1)

“Kalau boleh semua muslim jgn nyatakn apa yg tersurat dlm hati kita”

WhatsApp Image 2019-06-14 at 20.54.17

Menurut pensyarah kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang itu, umat Islam dilarang berbangga-bangga dalam melakukan dosa sehingga tiada rasa malu terhadap manusia dan Allah SWT kerana ia adalah perlakuan orang fasik.

“Tapi, jika dia sekadar menyatakan hasrat dan tidak benar-benar melakukannya, selagi mana dia tak buat maka tidak jadi dosa lagi,” katanya kepada sumber.

how-to-pet-a-dog-1
Foto sekadar hiasan

Dari sudut positif, posting itu boleh digunakan untuk memahami masalah yang menyebabkan segelintir orang Islam mempunyai pemikiran seperti itu dan ia boleh digunakan sebagai teknik menyampaikan dakwah.

552b61b2fd0b9e5f18701b15f7741b60
Foto sekadar hiasan

Dia bagaimanapun mengaku tweet seperti itu lebih banyak mendatangkan mudarat dengan menunjukkan kelemahan kita kepada musuh Islam. Itu akan memudahkan mereka untuk mencalarkan imej agama Islam. Tambahan pula orang Islam dilarang membuka aib sendiri atau menceritakan kepada orang lain secara publik kerana ia menutup perasaan malu.

Sumber: mStar 

sharnaaz

[FOTO] “Amboi Siap Cctv Hahaha..”- Sharnaaz Kongsi ‘Kubu’ Anak Buat Netizen Terhibur!

page

“Pagi 1 Syawal Atok Dh Buat Lawak”- Kelainan Beri Duit Raya Dalam Sampul Ubat Curi Tumpuan Netizen