in

Laporan Rotan Pelajar Ditarik Balik, Bekas Pelajar Tampil Untuk Bongkar Sikap Sebenar Guru

dd

Susulan kes seorang guru merotan pelajar perempuan di sebuah sekolah di Johor Bahru kerana menggelarnya sebagai “pondan”, beberapa orang bekas pelajar telah tampil untuk mendedahkan perwatakkan sebenar guru tersebut.

BACA: “Dia Cakap Sama U Saja Mah, Dia Ada Pukul U Tak?”- Pelajar Mulut Celupar Dirotan Sehingga Birat, Ibu Mengamuk Kepada Cikgu

kes-rotan-pelajar-di-johor2

Cikgu yang penyabar.

Siva N Eswara menulis di Facebook bahawa gurunya itu seorang yang baik dan penyabar dan dia pencaya tindakan bekas gurunya itu hanya untuk memberi pengajaran.

“Cikgu memang baik orangnya dan jarang rotan anak murid. Sebab dialah saya fasih berbahasa Melayu ”

Gagal didik anak.

Bekas pelajar SMK Skudai itu meluahkan rasa kecewa terhadap pelajar perempuan yang bersikap kurang ajar menghina cikgu berkenaan dan merasakan bahawa pelajar tersebut memang wajar dirotan. Dia juga berkata ibu bapa pelajar itu gagal mendidik anak mereka untuk menghormati orang lain.

“Kalau saya jadi cikgu, saya akan suruh dia cuci jamban sekolah sebab mak bapak dia gagal dalam mendidik anaknya menghormati orang lain,” tulisnya lagi.

Capture

Cikgu yang sangat mengambil berat.

Selain itu Yepin Koo yang mengaku tidak menggemari subjek Bahasa Melayu memberitahu guru BM itu sangat sabar dan mengambil berat terhadap pelajar-pelajarnya. Guru tersebut juga akan memberi masa rehat jika mereka bosan dan letih, malah dia pernah membelikan mereka makanan ketika mereka stayback untuk kelas tambahan kerana risau mereka lapar.

Yepin juga berkata dia dan rakan-rakan ada menghubungi guru tersebut selepas kejadian untuk bertanyakan khabarnya, dan reaksi guru tersebut ialah, “I jahat selalu pukul kamu semua.” membuat mereka terkilan kerana perkara itu sama sekali tidak benar.

Pernah gelar cikgu lembut.

Peajar perempuan itu juga akui dia dan rakan-rakan pernah bergurau dengan menggelar guru tersebut sebagai lelaki lembut, tetapi guru tersebut tidak pernah marah dan akan membalas semula gurauan mereka.

Luahan Yepin itu turut dikongsi di sebuah laman persatuan guru Cina, dan mendapat pelbagai reaksi positif dalam kalangan netizen.

Laporan ditarik balik.

Sementara itu, Ketua Polis Johor telah mengesahkan bahawa ibu pelajar perempuan yang dirotan itu telah menarik semula laporan polis yang dibuat ke atas guru berkenaan. Tetapi dia berkata pihaknya tetap akan meneruskan siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber: New Malaysian Post

q

Gara2 Kaki Report, Pelajar Berhadapan Tindakan Hanya Kerana Luah Geram Ada “Kelas Malam” Guna Bahasa Kasar

sajad

Sajat Terima Diploma Dalam Bidang Dandanan Rambut, Bakal Hadiri Majlis Konvo Di Beirut