in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

“Nyanyi Effortless, Tapi Sedap Nak Mampus!” – Video Najwa Latiff Karaoke Dalam Kereta Curi Tumpuan Netizen!

najwa latiff karaoke main

Siapa yang masih ingat dengan pelantun lagu ‘Cinta Muka Buku’? Lagu yang pernah meniti di bibir ramai kerana melodinya yang agak catchy itu. Najwa Latif nama yang cukup terkenal pada tahun 2012 dek kerana beberapa lagunya yang hit di stesen radio dan juga carta muzik tempatan.

BACA: Gara-Gara Tersalah Buka Pintu Pesawat, Penerbangan Terpaksa Ditangguhkan Sehingga 7 Jam!

Walaupun beliau kini bergelar seorang pensyarah, namun minat dan bakat yang ada dalam bidang nyanyian gadis ini tetap tidak pudar.

Baru-baru ini sebuah rakaman yang diambil dari IG Stories Najwa Latif tular di laman sosial. Video itu meraih 261,000 tontonan dan hampir 17,000 retweets sejak dikongsikan di laman Twitter beberapa hari lalu.

Rakaman tersebut memaparkan Najwa Latif yang sedang asyik berkaraoke beberapa buah lagu di dalam kereta yang kelihatan cukup bersahaja namun cukup lunak didengarkan!

Walau hanya menyanyi dalam kereta, namun ramai yang terubat kerinduan mendengarkan nyanyian merdu Najwa Latif.

Rata-rata netizen meninggalkan komen mereka seperti berikut:

“Setuju sangat! Tak boleh berhenti menonton!”

najwa latiff karaoke 1

“Sejak kecik I’m in love with her voice!”

najwa latiff karaoke 2

“Weh sumpah sedap!”

najwa latiff karaoke 3

Sumber: Faris Ruslan

ru

[VIDEO] “Untung Dia Haha..”- Ruhainies Dipeluk & Dicium Orang Utan, Ini Komen ‘Lucu’ Ramai!

page

Tiada Masa Untuk Balas Mesej, Jurutera Perisian Cipta “Chatbot” Untuk Layan Teman Wanita