in

WTFWTF

“Pagi 1 Syawal Atok Dh Buat Lawak”- Kelainan Beri Duit Raya Dalam Sampul Ubat Curi Tumpuan Netizen

page

Sampul duit raya adalah salah satu benda yang wajib ada ketika membuat persiapan Aidilfitri. Banyak syarikat-syarikat yang mengeluarkan sampul duit raya dengan pelbagai warna dan bentuk untuk diedarkan kepada orang ramai. Ada juga yang lebih suka menghasilkan sampul duit raya mengikut cita rasa sendiri.

BACA: [FOTO] “Raya Dgn Muka Breakout Takdehal”- Kongsi Selfie Raya, Keyakinan Gadis Ini Dipuji!

Namun seorang pengguna Twitter bernama Hidayah terkejut apabila mendapat duit raya dari datuknya dalam sampul ubat.

“First time dpt duit raya dari atok mcm ni. Pagi 1 syawal atok dh buat lawak. Semoga selalu sihat dan panjang umur atok & nenek.” tulisnya di Twitter.

Kata Hidayah datuknya memang banyak menerima ubat dari hospital untuk penyakit sakit jantung. Dia bersama sepupunya tergelak dan terhibur dengan idea luar biasa datuk mereka itu, walaupun terdetik di hati mungkin ada mesej tersirat di sebalik pemberian itu.

Cerita Hidayah lagi, mereka ingin datuk memakai baju raya berwarna silver tetapi datuk mereka memilih untuk memakai baju berwarna hitam.

WhatsApp Image 2019-06-14 at 23.30.55

“Mana tahu tahun depan atuk pakai baju raya semuanya putih”, gurau datuknya membuatkan Hidayah dan sepupu rasa terkilan.

Perkongsian Hidayah itu telah mendapat hampir 20k likes. Beberapa orang netizen yang turut berkongsi gambar mendapat duit raya dalam sampul ubat dari ahli keluarga.

WhatsApp Image 2019-06-14 at 23.30.54 (2) WhatsApp Image 2019-06-14 at 23.30.54 (4)

WhatsApp Image 2019-06-14 at 23.30.54

Sumber: Twitter, mStar

(BARU) Featured Image HCL

Kongsi Perkara-Perkara Haram Yang Teringin Dibuat, Ini Pendapat Ustaz

(BARU) Featured Image HCL

“Scary Nyahhh!”- Sakan Beraya Hingga 2 Pagi, Jelmaan Misteri Join Bergambar