in

Remaja ‘Gurau Kasar’ Dalam Family Mart Minta Maaf, Polis Buru Mereka Lepas Terima Laporan

diburu polis family mart main

Semalam rakaman sekumpulan remaja yang merosakkan makanan dan minuman dalam kedai 24 jam, Family Mart menjadi tular. Rakaman berdurasi satu minit 10 saat itu meraih perhatian ramai dan dikatakan sangat biadap.

Walaupun ada satu lagi video mereka yang memberikan penjelasan mengenai isu ini, namun netizen tidak percaya dan meminta bukti mereka sudah membeli makanan yang telah dirosakkan itu.

BACA: Isu Remaja ‘Gurau Kasar’ Dalam Family Mart, Netizen Minta Bukti Makanan Itu Dibeli!

Malah salah seorang pekerja di kedai serbaneka tersebut menyatakan remaja berkenaan tidak membeli makanan yang telah dirosakkan itu.

Video minta maaf.

Terbaru, remaja berkenaan sudah pun memuat naik rakaman dia meminta maaf atas perbuatannya itu di laman sosial.

Kini diburu polis.

Bagaimanapun remaja berkenaan bakal menerima padahnya kerana dia kini sedang diburu polis lapor Harian Metro.

Polis sudah pun menerima laporan kejadian tersebut daripada pengurus premis pada jam 11.20 malam tadi.

Bukti dari CCTV.

Selain dari bukti video yang tular itu, pengurus premis turut memiliki rakaman aksi mereka itu dari CCTV kedai tersebut.

Dianggarkan kedai serbaneka itu mengalami kerugian RM30 kesan daripada perbuatan tidak bertanggungjawab remaja berkenaan.

Sumber: Harian Metro / Abe J

andaian akak sebelan Tun main

Bila Netizen Buat Andaian Apa Yang Berlaku Pada Kakak Dalam Gambar Ini..Memang Berdekah!

f

“Dah Basuh Tangan…Masih Rasa Tak Bersih…”- Jumpa ‘Bangkai Burung’ Dalam Bayam, Wanita Ini Jadi Trauma!