in

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

[VIDEO] Sekali ‘Minah Saleh’ Ini Keluar Cakap Utara, Ternganga Dibuatnya! Hebat Betul!

mat salleh sembang utagha main

Walaupun bahasa rasmi Malaysia adalah bahasa Melayu, namun kepelbagaian loghat percakapan mengikut negeri menjadikan negara kita sungguh unik. Loghat percakapan bagaikan satu warisan identiti sebuah negeri asal bagi seseorang itu.

BACA: “Nyanyi Effortless, Tapi Sedap Nak Mampus!” – Video Najwa Latiff Karaoke Dalam Kereta Curi Tumpuan Netizen!

Baru-baru ini tular dengan satu rakaman yang dikatakan seorang wanita berasal dari London berbual dengan si perakam dalam loghat utara.

Rakaman berdurasi hampir dua minit itu memaparkan ‘wanita Inggeris’ itu berbaju kurung sedang duduk di atas buaian di halaman rumah.

Pada awalnya, perbualan dirakam dalam bahasa Inggeris, namun pada pertengahan rakaman wanita itu bercakap dalam loghat utara yang sungguh pekat!

Rakaman itu mendapat perhatian ramai dengan 169,000 tontonan dan lebih dari 14,000 retweets sejak dimuat naik dua hari lalu.

Hebat betul dia boleh bercakap dalam bahasa Melayu siap dengan loghat utara dengan selambanya!

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Dah macam mak menakan aku dah bila dia cakap..”

mat salleh sembang utagha 2

“Sehari berapa kali dia makan nasi kandaq?”

mat salleh sembang utagha 3

“Mula-mula tengok muka macam orang putih. Lepas dia cakap pening nampak macam Melayu”

mat salleh sembang utagha 4

“Aku suka gila dia cakap utara tu”

mat salleh sembang utagha 1

Sumber: it4chta1

page

Tiada Masa Untuk Balas Mesej, Jurutera Perisian Cipta “Chatbot” Untuk Layan Teman Wanita

ayah pakai telekung main

Gara-Gara Terlalu Sejuk Dalam Kereta, Gelagat Bapa Lelaki Ini Bikin Berdekah!