in

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

[VIDEO] “Orang Yang Melanggar Adik Saya Itu…”- Afdlin Perlukan Bukti Visual Kemalangan Jefri

(BARU) Featured Image HCL

Allahyarham Jefri Adzman bin Aksan telah pulang ke Rahmatullah awal minggu ini setelah terlibat dalam kemalangan di Kota Damansara. Berikutan kemalangan arwah adiknya, Afdlin Shauki telah berusaha meminta pertolongan sesiapa yang menjadi saksi kejadian itu serta mempunyai bukti kukuh seperti rakaman video dashcam untuk menghubunginya agar kes kemalangan arwah adiknya itu dapat diselesaikan.

BACA: “Sekejap Sangat Allah Pinjamkan Kau Dekat Kami Jep.”- 3 Hari Bertarung Nyawa, Adik Afdlin Shauki Akhirnya Pulang Ke Rahmatullah

Perkongsian Afdlin berkenaan kemalangan adiknya itu menarik perhatian rakan-rakan artis yang lain yang turut sama membantu menyebarkan mesejnya itu. Namun ada yang salah faham mengatakan kemalangan adiknya itu akibat langgar lari.

Jelasnya apa yang terjadi adalah sebuah Myvi hijau melanggar vespa adiknya dari arah tepi di simpang jalan PETRONAS Kota Damansara dan menurut laporan polis individu itu kemalangan yang berlaku bukanlah puncanya tetapi kesalahan Jefri sendiri.

“Disebabkan itu saya cuba untuk mendapatkan bukti visual”, katanya. “Jika ada visual ia boleh menjadi bukti kukuh. Setakat ini saksi yang tampil ke depan sekadar bercerita.”

Afdlin turut berkata dia tidak marah kepada pemandu yang melanggar adiknya itu dan dia redha dengan pemergiannya.

 

Sumber: Kisah Dunia, Instagram

(BARU) Featured Image HCL

“Scary Nyahhh!”- Sakan Beraya Hingga 2 Pagi, Jelmaan Misteri Join Bergambar

adik menari masdo main

[VIDEO] “Wow, Freestyle Dance!” – Gelagat Adik Ini Menari Buat Ramai Yang Terhibur!