Orang yang menganggap diri mereka sebagai pencinta kek perlu berfikir 2 kali jika mereka benar-benar layak digelar dengan gelaran tersebut setelah melihat kek berkonsepkan ‘jerawat’.
BACA: Ruang Di Jepun Terlalu Kecil, Pelancong Barat Sukar Untuk Menjalani Kehidupan Seharian

Sebuah kedai kek telah menghasilkan kek cawan berbentuk jerawat, khas buat Dr. Sandra Lee, seorang ahli dermatologi yang terkenal dengan saluran YouTubenya dipanggil Dr. Pimple Popper, di mana dia sering dilihat melakukan aksi memicit jerawat, nanah, bisul, blackheads dan whiteheads.
Pencuci mulut berkenaan dihasilkan oleh kedai roti milik Rachael Sanchez yang telah bekerja untuk Dr. Lee selama lebih dari empat setengah tahun.
Paling menarik tentang kek cawan ‘jerawat’ berkenaan adalah ia mempunyai bahagian tengah yang berisi ‘nanah’ di dalamnya. Jika bahagian tengah kek berkenaan dipicit, custard berwarna kuning akan keluar, sama seperti jerawat sebenar.
Selain kek cawan Sanchez, kedai kek The Cakescape dari Malaysia juga ada menghasilkan kek ‘jerawat’, dalam bentuk muka yang lengkap dengan jerawat batu berwarna merah dan boleh dipicit. Kedai kek itu mendakwa telah menjual lebih daripada 20 buah kek jerawat itu setakat ini, dan video kek berkenaan telah mendapat lebih 50 ribu tontonan di Facebook.