in ,

Aplikasi ‘Google Family Link’ Bantu Awasi Penggunaan Telefon Pintar Anak

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Baru-baru ini beberapa berita yang kurang enak mengenai pengaruh buruk anak-anak menggunakan internet tanpa kawalan mendapat perhatian orang ramai. Memang agak sukar untuk menghalang anak-anak zaman teknologi kini dari menggunakan internet.

BACA: Hanya Perlukan Udara Dan Tanpa Makanan Untuk Hidup, Amalan Gadis Ini Memang Luarbiasa!

Kebanyakan kanak-kanak berusia 7 tahun dan ke atas sudah memiliki telefon pintar sendiri dengan akses internet penuh.

Ada yang memberikan telefon pintar ini pada anak-anak dengan alasan bagi memudahkan mereka menghubungi ibubapa jika ada hal kecemasan.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Biarpun begitu dek kerana kurang kawalan, pelbagai pengaruh tidak baik diikuti oleh anak-anak ini. Memang cukup membimbangkan.

Jadi cara mudah untuk anda awasi penggunaan telefon pintar anak-anak ini adalah dengan memuat turun aplikasi ‘Google Family Link’.

Aplikasi untuk awasi anak anda.
Aplikasi untuk awasi anak anda.

Dapat lihat apa yang sedang si anak lakukan dengan telefon pintarnya

Menerusi perkongsian Azmuhaini Aini di laman sosialnya, penggunaan aplikasi ini sangat membantu dia sebagai seorang ibu untuk mengawasi apa yang dilakukan anaknya menggunakan telefon pintar itu.

“Yup kakak ada hp (handphone) sendiri dan saya memang pasangkan line unlimited internet dan call, supaya dia senang nak call family member dan juga untuk kegunaan kerja sekolah,” tulisnya.

Tambahnya lagi dengan menggunakan aplikasi yang dimuat turun ke dalam telefon pintarnya sendiri, dia dapat lihat apa yang anaknya sedang lakukan dengan menggunakan telefon pintar anaknya itu.

Boleh hadkan penggunaan telefon pintar

Kod yang diperlukan untuk aktifkan kembali telefon pintar si anak.
Kod yang diperlukan untuk aktifkan kembali telefon pintar si anak.

Selain itu dia boleh menghadkan penggunaan telefon pintar anaknya dengan menetapkan masa yang diingini. Jika sudah sampai masa, telefon pintar akan padam sendiri dan anaknya tidak boleh menekan sebarang butang melainkan membuat panggilan sahaja. Kalau dia mahu buka juga, perlu dapatkan kod dari ibunya.

Waktu yang ditetapkan oleh si ibu.
Waktu yang ditetapkan oleh si ibu.

Tips penggunaan aplikasi ini.

Azmuhaini turut berkongsikan tip penggunaan aplikasi yang cukup berbaloi untuk dicuba ini.

aplikasi awasi hpne anak 1

Sehari anaknya dibenarkan menggunakan telefon pintar selama 4 jam sahaja.
Sehari anaknya dibenarkan menggunakan telefon pintar selama 4 jam sahaja.

Harapnya dengan menggunakan aplikasi ini sedikit sebanyak dapat membantu mengawal kesan negatif dari penggunaan internet pada anak-anak di zaman moden kini.

Sumber: Azmuhaini Aini

tdy_pop_10a_bottlecap_190702_1920x1080-tile

Jason Statham & John Mayer Buat ‘Bottle Cap Challenge’ Jadi Kegilaan Terbaru Warganet

11-tile

Penuhi Impian Mak, Tandas Biasa Jadi Luar Biasa Macam Hotel, Anak2 Dipuji Ramai!