in ,

Bawa Realiti Ke Dunia Kartun, Artis Ini Beri Reaksi Manusia Sebenar Kepada Watak Disney

WhatsApp Image 2019-07-23 at 04.33-tile

Boleh dikatakan semua orang membesar dengan watak-watak ikonik Disney menyebabkan mereka mudah disesuaikan dalam kehidupan seharian kita. Sama ada anak kecil berpakaian seperti Snow White pada majlis hari jadi atau orang dewasa yang merasakan diri mereka seperti Cinderella kerana mempunyai ibu tiri yang jahat, watak-watak Disney memberi inspirasi kepada ramai orang.

BACA: Gadis Muslim Jadi Peserta Miss England Pertama Yang Memilih Untuk Tidak Pakai Bikini

Begitu juga bagi pelukis dan pembuat filem. Dengan teknologi CGI, semakin banyak watak-watak Disney kini dihidupkan semula ke dalam dunia realiti melalui filem-filem live action. Tetapi pernahkah anda terfikir bagaimana pula rupanya jika realiti dibawa ke dalam dunia Disney?

Bawa watak Disney ke alam nyata.

Seorang pelukis ilustrasi dari Indonesia, Andhika Muksin sangat obses dengan watak-watak Disney sehingga dia memulakan tabiat menyunting gambar watak-watak Disney ke dalam gambar dunia realiti, dan hasilnya sangat menghiburkan. Malah hasil seninya itu turut mendapat perhatian media tempatan dan juga global seperti Buzzfeed dan Entertainment Weekly.

Bawa realiti ke dalam dunia Disney.

Setelah lama membawa watak Disney ke alam nyata, terbaru Andhika telah cuba membawa realiti pula kedalam dunia Disney, dengan berkongsi bagaimana rupa watak-watak itu jika mereka mempunyai reaksi muka seperti manusia sebenar.

Terjun bebas.

Bangun dari mati.

Terbang bebas di udara.

Terbuka kamera depan.

Muka menangis.

Berikutan itu ramai yang meminta dia berhenti ‘merosakkan’ dunia fiksyen kesayangan mereka.

Sumber: Instagram, Demilked

694940094001_5986361936001_5986363462001-vs-tile

Tidak Mengakui Kewujudan Masa, Mariah Carey Menolak Untuk Lakukan ‘Old-Age Challenge’

66532109_1048528865342203_4008759286803988480_n1-tile

Gadis Muslim Jadi Peserta Miss England Pertama Yang Memilih Untuk Tidak Pakai Bikini