in ,

Bayar Secawan Kopi Dengan 100 Cawan Plastik Di ‘Kafe Sampah’ Ini

rubbish cafe 1 main

‘Bumi semakin ditenggelami sampah’, itu antara ibarat yang boleh dilihat di mana-mana sahaja lokasi di serata pelusuk dunia. Masalah sampah yang sukar dilupus menjadi satu perkara yang boleh mengancam bukan negara tertentu sahaja, malah menjadi masalah seluruh dunia!

BACA: “Elak Kelirukan Pengguna” – Kenyataan Dari Hab Halal JAKIM Isu Sijil Halal Xing Fu Tang

Jika dilihat sampah makin banyak di lautan yang memberi kesan kepada hidupan laut dan ini secara tidak langsung menjadi sebab satu hari nanti kita tidak akan dapat menikmati makanan laut lagi.

Jika mahu mengenangkan segala kesannya memang tidak akan berkesudahan. Tindakan yang perlu diambil hari ini memberi kesan di hari mendatang.

Ini yang dilakukan oleh seorang usahawan di Kemboja. Ouk Vanday, 32 membuka sebuah kafe yang diberi nama Rubbish Cafe (Kafe Sampah).

Ouk Vanday di depan kafe miliknya.
Ouk Vanday di depan kafe miliknya.

Kafe Sampah ini sangat menarik kerana ia dibina menggunakan kayu terbuang, dihiasi dengan botol kaca pada dindingnya, serta papan tanda kafe ini dibuat menggunakan daun kering.

Hiasan botol pada dinding kafe ini.
Hiasan botol pada dinding kafe ini.

Pemilik kafe yang terletak di pinggir Phnom Penh ini juga mengakui dia membuka kafe ini dengan satu misi iaitu bukan untuk meraih keuntungan semata-mata, tapi mahu mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pentingnya menjaga alam sekitar.

Dekorasi dalam kafe yang cukup unik.
Dekorasi dalam kafe yang cukup unik.

“Ini dapat memberikan mesej kepada pemilik kedai lain untuk berfikir lebih dari hanya membuat keuntungan. Tapi turut melihat kesan besar yang disebabkan oleh sampah kepada masyarakat dan dunia. Bagaimana ia merosakkan alam sekitar dan memberi kesan kepada generasi muda,” ujar Ouk Vanday.

Kopi yang dihidangkan kepada pelanggan.
Kopi yang dihidangkan kepada pelanggan.

Lebih menarik, pengunjung kafe ini boleh menikmati secawan kopi dengan harga 6,000 riels (RM6) atau menukarnya dengan 100 cawan plastik. Difahamkan cawan plastik ini akan digunakan untuk pembinaan kafe dan beberapa projek lain.

Wow, menarik betul konsep kafe ini. Kalaulah di Malaysia ada kafe begini, pasti kami akan support!

Sumber: Reuters

jabir

Jabir Meftah Post Foto Raih Perhatian Netizen, Disangka Daniel Padilla

kambing remos main

‘Kambing Kacak’ Dari Perak Ini Tular Sehingga Ke Luar Negara!