in

Demi Pendidikan Anak Bajau Laut, Lelaki Ini Sanggup ‘Turun Padang’ Keluarkan Kos Sendiri

bajau laut pendidikan main

Lain orang lain cara pendekatannya. Lain orang lain cara amalannya. Semua orang berbeza dan ada keunikan dan pendapat mereka yang tersendiri. Begitu juga dengan seorang lelaki bernama Khairul Jamain ini.

BACA: Budak ’10 Tahun’ Kreatif Buat Model Rumah Bersaiz Mini Guna Lidi!

Dia memilih untuk mendekati anak-anak masyarakat Bajau Laut untuk mengajar mendidik mereka yang boleh dikatakan agak terasing dari dunia kemodenan.

Khairul Jamain berkongsikan kisah mengenai perjalanannya yang melakukan aktiviti melalui akaun Facebooknya sendiri sehingga menjadi tular!

Alat untuk ubah masa depan.

Menerusi perkongsiannya, kertas dan pensil menjadi alat untuk mengubah masa depan seseorang melalui pendidikan.

“Sudah 4 bulan aku di Lautan Celebes, Semporna dan terlalu sibuk. Hampir sebulan aku tidak bertemu Anita, seorang gadis Bajau Laut sekitar 14-17 tahun. Rindu juga dengan karenahnya yang selalu bercerita tentang rakan-rakannya serta ikan yang ditangkapnya.”

66916210_2914725175236144_3839342369077985280_n

Sukar untuk didekati.

Khairul Jamain turut meluahkan sudah dua bulan juga dia berusaha mendekati komuniti Bajau Laut ini kerana mereka sememangnya sukar untuk menerima orang luar sepertinya.

Bila dikaji dan dilihat bagaimana cara hidup dan budaya komuniti ini dia mula sedar yang mereka kehilangan sesuatu yang besar iaitu ‘pendidikan’.

66630212_2914725698569425_7985304592311123968_n

Tekad untuk jadi guru.

Disebabkan itu dia tekad untuk menjadi guru kanak-kanak disini, bukan untuk diajar ‘A,B,C atau 1,2,3’ dulu, tapi untuk diajar mengenal kehidupan kerana dia tidak akan mengajar mereka seperti sekolah formal.

66278829_2914725961902732_4926483563328569344_n

Menurutnya dia akan mengajar melukis, menyanyi, bercerita dan menunjukkan contoh yang baik.

“Masih ingat ketika mula-mula aku memberi mereka kertas dan pensel, mereka tidak mahu menyentuhnya kerana takut dan tidak tahu menggunakannya,” tulisnya.

Keluarkan kos sendiri.

Tambahnya dia mengimpikan untuk anak-anak ini diberi sebuah sekolah untuk mendapat pendidikan.

Disebabkan itu dia sanggup mengeluarkan kos sendiri dengan seminggu 2 hingga 3 kali akan datang ke komuniti Bajau Laut semata-mata untuk mengajar anak-anak ini.

66844087_2914730091902319_6741188914691702784_n

Setiap bulan dia perlu keluarkan RM400 untuk kos bot kecil sebagai pengangkutan utama pergi dan pulang yang mengambil masa 30-50 minit bergantung kepada laut dan ombak.

bajau laut pendidikan 1

Beri nama anak sempena namanya.

Perkara paling menyentuh hatinya ialah seorang wanita dari etnik ini, Kamalita memberikan nama anaknya yang berusia 7 bulan, ‘Khairul’ sebagai tanda dia dan keluarganya mengingati Khairul Jamain.

66593167_2914724848569510_5697819536040919040_n

Inisiatif sendiri untuk menyumbang semula kepada masyarakat.

Ini adalah satu inisiatif sendiri yang dilakukan Khairul untuk menyumbang semula kepada masyarakat dan dia juga berharap penulisannya ini menjadi satu ‘benih’ untuk ia menjadi inspirasi kepada masyarakat.

66634240_2914724581902870_5274743550620205056_n

Sumber: Khairul Jamain

67146237_2602606976429811_609814347337695232_n-tile

“Masih Tidak Puas Untuk Kami Mengatakan, Terima Kasih Semua Rakyat Malaysia”

Screenshot_114-tile

“Haha Garang Sgt Muko…”- Pak Nil Kongsi Video ‘Cuba Berbual’ Dengan Asif Raih Perhatian!