in

Elak ‘Buli Siber’, Instagram Perkenalkan Ciri Baru

f9aea79a0830aef2dbac2c3d149dd3eaba1a0a1f-tile

Hari ini sering kali kita mendengarkan pembuli siber yang semakin berleluasa di media sosial. Ada sahaja yang menggunakan medium ini untuk melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan.

BACA: Nenek Jahit Kusyen Guna Kemeja Kegemaran Atuk Untuk Ubati Kerinduan

Malah ada juga yang sejenis suka sangat meninggalkan komen negatif pada posting yang dibuat oleh individu tertentu.

Terbaru, Instagram memperkenalkan satu ciri bagi menangani isu buli ini di aplikasi tersebut.

Elak komen negatif.

Ciri baru ini dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan (AI). Teknologi ini berfungsi akan memberitahu kepada penggunanya apabila mereka cuba menghantar komen yang dikesan mengandungi perkataan tidak menyenangkan sebelum dimuat naik di ruangan tersebut.

Dalam kata ringkasnya, notifikasi ini mengingatkan semula pengguna untuk memikirkan semula atau memadam hantaran komen negatif mereka sebelum dihantar kepada penerima.

Elak pembuli di Instagram
Elak pembuli di Instagram

Melalui peringkat awal percubaan, Instagram memaklumkan ia berjaya menggalakkan sebahagian pengguna untuk menyunting semula komen negatif mereka sebelum ia dihantar dan menggunakan perkataan yang lebih sesuai.

Ciri ‘Restrict’.

Ada satu lagi ciri terbaru dari Instagram iaitu dipanggil ‘Restrict’. Ciri terbaru ini pemilik akaun boleh menetapkan untuk hanya yang meninggalkan komen kurang menyenangkan itu sahaja dapat melihatnya.

Contoh penggunaan ciri 'Restrict'
Contoh penggunaan ciri ‘Restrict’

Selain itu ciri ini membenarkan anda untuk menyekat pengguna negatif dari melihat jika anda sedang aktif di Instagram atau jika anda sudah baca mesej mereka.

Terbaiklah Instagram perkenalkan ciri-ciri baru ini!

Sumber: Wiser.my

65761766_147106963039822_862903954037112022_n-tile

Lihat Belakang Saharul Ridzwan, Badan Sado Digelar ‘Hulk’ Raih Perhatian!

beijing-bikini-china-tile

‘Bikini Beijing’, Tabiat Orang Lelaki Selak Baju Kerana Panas Mula Diharamkan Di China