in ,

‘Face-Aging App’ Trending Di Media Sosial, Adakah Ia Berbahaya Kepada Privasi Anda?

main face app aging

Sejak semalam ‘demam’ mempamerkan wajah bila di usia tua menggunakan aplikasi Face App di sosial media membuatkan ramai yang ikut dengan trend terkini ini.

BACA: Foto Ayam Pakai ‘Skirt Tutu’ Raih Perhatian Ramai Dan Ia Nampak Comel!

Malah ia masih menjadi ikutan sehingga ke hari ini mungkin kerana ramai yang tidak sabar mahu melihat wajah sendiri apabila sudah berusia nanti.

Kembali tular di sosial media

Namun aplikasi ini bukanlah baru, ia sudah mula tular sejak 2017 lagi dan lebih 80 juta menggunakannya.

Aplikasi ini kembali tular baru-baru ini selepas satu cabaran sosial media iaitu ‘FaceApp Challenge’ yang mempamerkan ramai selebriti dalam dan luar negara menyertainya.

Jonas Brothers antara selebriti yang menyahut cabaran ini.
Jonas Brothers antara selebriti yang menyahut cabaran ini.

Cabaran ini memerlukan mereka menggunakan Face App dengan memilih age filter pada foto wajah dan memuat naik ke dalam akaun media sosial masing-masing.

Aplikasi ini menggunakan teknologi AI (artifical intelligence) untuk mencipta wajah pengguna yang lebih berusia dari yang sebenar.

Teknologi AI digunakan untuk proses mengedit.
Teknologi AI digunakan untuk proses mengedit.

Data peribadi pengguna tidak selamat?

Bagaimana pun, satu individu telah memberi amaran mengenai keselamatan data peribadi apabila menggunakan aplikasi ini akan tertiris. Ini berlaku kerana pengguna bersetuju untuk beri akses galeri gambar di telefon pintar kepada aplikasi ini.

Aplikasi yang kembali mencetuskan fenomena di sosial media.
Aplikasi yang kembali mencetuskan fenomena di sosial media.

Namun seorang penyelidik keselamatan yang bernama Baptiste Robert telah memuat turun aplikasi ini dan memeriksanya. Dia mendapati FaceApp hanya mengambil gambar yang dihantar oleh pengguna untuk ‘diubah’ sahaja.

Penjelasan dari FaceApp

Manakala pengasas FaceApp dari Rusia, Yaroslav Gocahrov mengeluarkan kenyataan pada Rabu mengenai ketirisan maklumat pengguna ini. Menurutnya data pengguna tidak dialihkan ke Rusia dan gambar mereka hanya diproses di ‘cloud’.

“Kami hanya muat turun gambar yang dipilih oleh pengguna untuk diedit. Kami tidak mengalihkan sebarang gambar dari telefon pengguna kepada ‘cloud'”, katanya.

Teknologi yang mampu mengedit wajah kelihatan lebih tua.
Teknologi yang mampu mengedit wajah kelihatan lebih tua.

Tambahnya lagi mereka mungkin menyimpan gambar yang dihantar ke dalam ‘cloud’. Ini untuk kelancaran pengguna dan mereka tidak mahu pengguna menghantar gambar yang sama untuk proses edit. Malah gambar-gambar ini akan dipadam dalam masa 48 jam.

Dia turut menegaskan syarikatnya tidak menjual data peribadi pengguna kepada pihak ketiga.

Sumber: Forbes

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

66144831_1331705187007083_9116146998496040947_n-tile

“Seronoknya Tengok Ramai Artis2 Bertudung…”- 9 Artis Bertemu, Penampilan ‘Sopan’ Dipuji!

budok kuba main

Bukan Calang-Calang, ‘Mowgli Malaysia’ Berlakon Watak Utama Dalam Telefilem ‘Budak Kuba’!