in

Gara2 Tindik Telinga Bayi Perempuan, Hilari Duff Dikecam Dan Dituduh Mendera Anaknya

WhatsApp Image 2019-07-08 at 20.52-tile

Dalam budaya timur, menindik telinga kanak-kanak sewaktu kecil adalah perkara yang lazim dan masih dipraktikkan hingga ke hari ini tanpa ada tentangan dari mana-mana pihak. Anak kecil juga kelihatan comel dapat memakai anting-anting, dan mereka biasanya tidak akan merungut kesakitan apabila ditindik. Malahan mereka mungkin langsung tidak akan ingat tentang pengalaman ditindik ketika kecil.

BACA: Abby Abadi Jelas Punca Badan Naik, Akui Resah Hamil Pada Usia 40-an

Tetapi lain pula pandangan orang barat zaman sekarang yang menganggap menindik telinga bayi adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima sehinggakan ibu bapa yang menindik telinga anak kecil mereka dianggap sebagai pendera kanak-kanak. Itulah tuduhan yang dihadapi pelakon dan penyanyi kelahiran Disney, Hilary Duff, yang memuat naik story di Instagram mengenai anak perempuan mereka berusia 8 bulan, Banks Violet Bair yang telah mereka tindik telinganya.

0_Hilary-Duff

Tidak menghormati hak kanak-kanak.

Segelintir netizen mengatakan bahawa tindakan Hilary itu telah menyebabkan anaknya kesakitan dan menyebabkan risiko kesihatan kepada anak kecil itu. Ada juga yang berkata dia tidak menghormati anaknya untuk membiarkan anaknya membuat keputusan itu sendiri apabila dia besar.

Walaupun begitu, ramai juga yang mempertahankan aktres berkenaan dengan berkongsi pengalaman mereka ditindik sewaktu bayi.

“Berani korang bandingkan budaya luar dengan penderaan…”

WhatsApp Image 2019-07-08 at 20.52.48 (1)

“Budak tu akan lupa sakit lepas 2 minit…”

WhatsApp Image 2019-07-08 at 20.52.48 (2)

Budak-budak dekat sempadan ada yang hampir mati, benda mcm ni yang sibuk nak bising…

WhatsApp Image 2019-07-08 at 20.52.48 (3)

Yang marah2 tu cakap je lebih padahal anak sendiri pun tak vaksin…

WhatsApp Image 2019-07-08 at 20.52.48

Hilary walau bagaimanapun tidak memberi sebarang respon berkenaan reaksi negatif netizen dan masih tidak memadamkan postingnya itu.

Sumber: Mirror

66644169_2074690735991497_8600594135593688410_n-tile

Dulu Kekasih Tapi Kini ‘Tunang’, Zahirah & Aiman Dikatakan Pasangan Sweet!

scott-nash-1940x900_34278

Lelaki Makan Makanan Tamat Tempoh Untuk Buktikan ‘Tarikh Luput’ Tidak Selalunya Tepat