in ,

Jason Statham & John Mayer Buat ‘Bottle Cap Challenge’ Jadi Kegilaan Terbaru Warganet

tdy_pop_10a_bottlecap_190702_1920x1080-tile

Satu cabaran internet baru telah mula mendapat perhatian di kalangan netizen. Cabaran yang diberi nama Bottle Cap Challenge itu mula tular apabila beberapa selebriti memuat naik video mereka melakukan cabaran itu. Bottle Cap Challenge adalah satu cabaran yangmemerlukan pemain untuk membuka penutup botol dengan menggunakan satu sepakan.

BACA: Video Cabaran Penutup Botol, Rakan Artis Kata Hairul Azreen ‘Gempak Gila’!

Idea tersebut tercetus dari seorang guru seni pertahanan diri Farabi Davletchin yang memuat naik videonya membuka menutup botol menggunakan kaki dan mencabar beberapa selebriti lain seperti martial artist Jean-Claude Van Damme, pengusti Conor McGregor, serta pelakon Jason Statham dan Jackie Chan yang terkenal dengan kehebatan aksi stunt mereka, untuk melakukan aksi yang sama.

Cabaran itu terus disahut oleh peserta UFC Max Holloway yang memuat naik videonya melakukan cabaran itu dengan jayanya, kemudian mencabar penyanyi John Mayer untuk menyahut cabaran itu. Jason Statham turut berkongsi video dia membuka penutup botol menggunakan sepakannya.

Sejak itu netizen dari seluruh dunia turut serta dalam menyahut bottle cap challenge. Malah ramai juga yang memuat naik video percubaan mereka yang gagal melakukan cabaran itu.

Sumber: Fox News

diet puasa 97 hari 2-main

Hanya Perlukan Udara Dan Tanpa Makanan Untuk Hidup, Amalan Gadis Ini Memang Luarbiasa!

Gambar sekadar hiasan.

Aplikasi ‘Google Family Link’ Bantu Awasi Penggunaan Telefon Pintar Anak