in ,

OMGOMG

Jual Durian Timbang Isi Sahaja, Pemuda Ini Raih Perhatian Ramai!

jual durian isi main

Buat penggemar durian semestinya musim buah ini yang dinanti-nantikan setiap tahun. Rasa lemak-lemak manisnya memang buat diri terasa terbuai-buai!

BACA: Pindah Ke Pulau Di Greece Ini Dan Wang Tunai Akan Diberikan Sebagai Ganjaran!

Jika di zaman 1990-an masih dapat beli durian dijual longgok, tapi kini tidak lagi. Peniaga menjual dengan meletakkan harga mengikut kilo bersama kulitnya.

Memang rasa tidak adil kerana kulit duriannya sahaja sudah berat melebihi isinya. Ini bermakna pembeli membayar lebih untuk kulitnya sahaja.

 

Biarpun begitu, buat pembeli bagaikan tiada pilihan. Mujurlah bila tiba musim durian harganya menjadi murah kerana lambakan di pasaran. Tapi itu pilihan mengikut kemampuan masing-masinglah. Kalau sudah rasa teringin sangat, harga berapa pun sanggup bayarkan?

Tapi berbeza buat lelaki ini yang menjadi perhatian netizen apabila menjual durian dengan hanya menimbang isinya sahaja.

Lelaki ini tular selepas seorang pengguna Facebook, Nur Hajar berkongsikan foto dan kapsyen seperti berikut:

“Highway UUM menghala ke Changlun. RM25 sekilo, isi sahaja. Kalau tak elok dia buang. Semoga murah rezeki adik ini”

66031277_2529267023753145_282829106884640768_n

Perkongsian Nur Hajar ini meraih perhatian ramai dan mereka meninggalkan komen seperti berikut:

“Moga murah rezeki dia..Amin”

jual durian isi 3

“Kalau pokok sendiri ok la, kalau amik dari peraih? Peraih pun bukan timbang isi je”

jual durian isi 1-tile

 

Sumber: Nur Hajar

WhatsApp Image 2019-07-08 at 16.57-tile

Abby Abadi Jelas Punca Badan Naik, Akui Resah Hamil Pada Usia 40-an

54732524_772523983132434_932661306389600244_n-tile

“Wah Hebat Gila…”- Azar Azmi Pelakon Wanita ‘Pertama’ Lakukan Cabaran Penutup Botol!