in ,

Kek Hari Jadi ‘Gagal’, Ekspresi Muka Kanak-Kanak Ini Buat Geli Hati

aa

Kalah dan menang adalah lumrah dalam kehidupan. Walapun kita kalah sekarang, tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya, kerana setiap yang kalah itu adalah pemenang juga disebabkan mereka berani untuk meneruskan perjuangan.

BACA: Seram! Daging Mentah ‘Hidup Semula’, Keluar Dari Pinggan Untuk Lepaskan Diri

Itulah prinsip hidup yang terpaksa diajarkan kepada seorang kanak-kanak berusia 2 tahun apabila ibunya membelikan kek hari jadi tetapi ia tidak seperti yang diharapkan. Menurut ibu kanak-kanak tersebut, Melin Jones, dia membeli kek di Walmart untuk hari jadi anak perempuannya bernama Elizabeth yang manja dipanggil Lizard.

Capture-vert

Melin meminta pekerja di kedai kek tu menulis ‘Happy Birthday Lizard’ di atas kek yang dibelinya, namun tanpa melihat hasilnya dia terus membawa kek itu pulang. Rupa-rupanya pekerja itu tersalah dengar ‘Lizard’ dengan ‘Loser’.

Pada mulanya Melin agak marah, tetapi akhirnya dia melihat kelucuan insiden itu. Paling buat berdekah adalah reaksi Elizabeth yang jelas tidak gembira dengan kek itu. Kanak-kanak itu akhirnya mendapat kek baru untuk hari jadinya, manakala kek untuk si gagal itu dimakan oleh ibunya.

Sumber: Facebook

maxresdefault-tile

Peserta Uji Bakat Diminta Beri Persembahan Original, Pilihan Lagunya Buat Berdekah!

2090aed8-9b4d-4299-80ab-b3b8356c9570-fotolia_93336740_subscription_monthly_m-tile

Wanita Berang Nama Anjing Sama Dengan Anak Dalam Kandungan, Ini Respon Netizen