in ,

Lelaki Makan Makanan Tamat Tempoh Untuk Buktikan ‘Tarikh Luput’ Tidak Selalunya Tepat

scott-nash-1940x900_34278

Pasti ramai yang pernah buang roti Gardenia yang masih belum berkulat hanya kerana tarikh luput telah tamat. Produk konsumer seperti makanan biasanya mempunyai tarikh luput sebagai panduan kepada pengguna untuk tidak mengambil produk iti melebihi tarikh yang ditetapkan. Ini kerana ciri kimia dan fizikal sesetengah produk itu akan berubah selepas tempoh tertentu dan boleh memberi kesan yang memudaratkan kepada pengguna.

BACA:Gara2 Tindik Telinga Bayi Perempuan, Hilari Duff Dikecam Dan Dituduh Mendera Anaknya

Namun, seorang lelaki dari Maryland, Amerika Syarikat telah menjalankan satu ujikaji bersama isterinya untuk melihat sama ada tarikh luput adalah perkara yang perlu diambil serius.

Makan makanan yang telah setahun melepasi tarikh luput.

Dalam eksperimen itu, dia memakan makanan yang telah luput tarikhnya lebih setahun, termasuk produk tenusu, daging, ikan dan makanan yang dibungkus, tanpa mengalami apa-apa masalah kesihatan.

beef-647×485

Nash mendapati bahawa tarikh tamat tempoh adalah diletakkan secara rawak dan hanya menyumbang kepada pembaziran berbilion dollar makanan yang masih elok setiap tahun. Sebotol garam laut kepunyaannya dikatakan telah dibentuk 250 tahun yang lalu, tetapi mungkin dia bernasib baik kerana membeli garam berusia 250 tahun itu yang akan luput dalam masa setahun.

Makan yogurt lama tanpa sakit perut.

Jelasnya, dia mendapat idea untuk menjalankan eksperimen tersebut tiga tahun lalu ketika berada di sebuah kabin.

“Saya teringin untuk makan secawan yogurt. Kebetulan ada yogurt di kabin itu. Saya buka penutupnya dan ia kelihatan baik. Saya campurkan buah-buahan kedalamnya dan semua berjalan lancarlah,” katanya.

expired-food-14-364×485

Perhati warna, tekstur, dan bau.

Pengguna lazimnya akan sakit perut jika makan makanan yang sudah tamat tempoh, tetapi cara terbaik untuk mengetahui jika makanan itu benar-benar sudah tidak elok adalah dengan memerhati warna, tekstur dan baunya.”

expired-food-16-647×485

Ketepikan tarikh luput untuk elak pembaziran yang tidak sepatutnya.

Nash yang merupakan pengasas rangkaian Pasar Organik MOM di Rockville ingin melihat pengguna mengetepikan tarikh luput dan lebih bergantung kepada deria mereka agar pembaziran tidak berlaku. Kadang kala makanan yang masih elok menurut tarikh luput mungkin sebenarnya telah tercemar, tetapi kerana kita terlalu mematuhi tarikh di pembungkus makanan, kita yang akhirnya keracunan.

Sumber: WTOP, Kosmo

WhatsApp Image 2019-07-08 at 20.52-tile

Gara2 Tindik Telinga Bayi Perempuan, Hilari Duff Dikecam Dan Dituduh Mendera Anaknya

maxresdefault-tile

Pelancong Wanita ‘Hilang Akal’ Bila Dikejutkan Dengan Ular Sawa Gergasi