in ,

Nor ‘Phoenix’ Diana, Pro Wrestler Berhijab Pertama Dari Malaysia!

nor phoenix 1main

Siapa sangka dengan tubuhnya yang kecil, gadis berhijab ini mencuri perhatian ramai dengan aksinya di gelanggang gusti.

Baru berusia 19 tahun, Nor Diana adalah gadis berhijab pertama digelar pro wrestler di Malaysia dan mungkin juga di dunia!

BACA: Syarikat Piza Ini Tampal Jalan Untuk Bantu Penduduk, Memang Terbaik!

Digelar Nor ‘Phoenix’ Diana, dia sudah menceburi bidang ini sejak 3 tahun lalu ketika berusia 16 tahun lagi.

Menurut gadis kecil molek ini, dia mula menjadi seorang ahli gusti selepas 2 bulan berlatih. Pada ketika itu dia perlu menggantikan seorang ahli gusti lain di satu acara.

Nor Diana ayu berbaju kurung.
Nor Diana ayu berbaju kurung.

“Saya sungguh terkejut pada waktu itu kerana saya baru belajar dan tidak memiliki pakaian yang sesuai. Jadi saya ke kedai bundle dan beli seluar serta vest kulit untuk disesuaikan dengan pakaian dan imej saya,” ujarnya.

Antara poster acara yang disertainya.
Antara poster acara yang disertainya.

Tambahnya lagi dia mula bermain permainan video gusti bersama adiknya dan dari situ dia mula berminat dengan sukan lasak ini.

Ketika berusia 15 tahun, Diana menonton acara WWE secara langsung yang datang ke Kuala Lumpur pada ketika itu.

Dari situ Diana membuat keputusan untuk menyertai sukan lasak ini dengan menghubungi Persatuan Gusti Malaysia atau lebih dikenali dengan nama MYPW.

Antara foto Nor ‘Phoenix’ Diana ketika beraksi:

nor phoenix 9

nor phoenix 8

Cerita Diana lagi, dari situ dia belajar dan berlatih untuk menjadi seorang ahli gusti profesional seperti yang diidamkannya.

Jurulatihnya adalah Ayez Shaukat Fonseka yang juga seorang jurulatih kegemaran bintang gusti di Malaysia.

Biarpun seorang gadis dan berhijab, dia mendakwa dirinya tidak mendapat sebarang layanan istimewa. Dia dilayan sama seperti ahli yang berlatih bersama.

Rakaman Aksi Nor ‘Phoenix’ Diana ketika di gelanggang:

Wow, hebat dan kental betul gadis ini untuk menyertai sukan yang bukan calang-calang ya. Kami respek! Semoga berjaya meraih kemenangan dan acara yang disertai dan mengharumkan nama Malaysia!

Sumber: The Sun Daily

58641578_439566483470162_2868819156714241670_n-tile

Anak ‘Manja’ Dengan Norman Dipersoal, Peminat Tinggal Pendapat…

65181492_165453614493626_8674327523311876721_n-tile

“Bukak Je Terus…”- Foto Seksi Zizi Kirana, Ini Kritikan Pedas Netizen!