in ,

Petani Ini Jana Pendapatan Lebih Di YouTube Berbanding Hasil Pertaniannya!

main petani youtubers

Bukanlah seorang selebriti mahu pun instafamous biasa-biasa, tapi lelaki ini boleh ‘buat duit’ melalui video blog yang dimuat naik di YouTube!

BACA: Alahai Comel Hasil Edit Gambar Makanan Dengan Gabungan Kucing Ini!

Zach Johnson adalah seorang petani yang menanam pokok jagung dan kacang soya di Minnesota. Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana dengan mempunyai pekerjaan sebagai petani tapi boleh buat duit melalui YouTube bukan?

Zach Johnson bersama jentera pertaniannya.
Zach Johnson bersama jentera pertaniannya.

Zach merupakan salah seorang dari komuniti di MN Millennial Farmer yang memiliki siaran youtube dengan nama yang sama.

Apa yang menariknya, pendapatan Zach menerusi videonya berjumlah lebih 5 kali ganda dari hasil tanamannya tahun lalu!

Menurut lelaki berusia 34 tahun ini, dia mula membuat video blog sejak tiga tahun lalu untuk berkongsi mengenai pertanian dan teknologi yang digunakan. Kini siaran YouTubenya itu sudah memiliki hampir 300,000 subscribers.

Akaun YouTube milik lelaki ini.
Akaun YouTube milik lelaki ini.

Tambahnya lagi dia sendiri tidak menyangka dia boleh mendapatkan hasil lumayan melalui video yang dikongsikannya. Namun dalam masa sama dia tidak merancang untuk meninggalkan kerjaya sebagai petani kerana minatnya yang mendalam dalam bidang tersebut.

Zach Johnson sangat cintakan dunia pertanian.
Zach Johnson sangat cintakan dunia pertanian.

Malah dia turut mengambil peluang dengan popularitinya melalui YouTube itu untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan mengeluarkan produknya sendiri,

Sumber: Bloomberg

main cats and food

Alahai Comel Hasil Edit Gambar Makanan Dengan Gabungan Kucing Ini!

mural seremban main

Wow, Di Malaysia Pun Ada Hasil Mural Kreatif Seperti Ini!