in ,

Saintis Cipta Kanta Lekap Boleh ‘Zoom In & Out’ Hanya Dengan Mengelip Mata. Hebat!

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Seperti diketahui umum kanta lekap digunakan sebagai membantu orang yang miliki mata rabun untuk melihat, selain dari menggunakan cermin mata. Namun ada juga yang memakai kanta lekap sebagai salah satu aksesori melengkapkan solekan di wajah.

BACA: Zoo Di China Mengolah ‘Najis Panda’ Menjadi Cenderamata Buat Pengunjungnya

Di Malaysia sendiri kanta lekap semakin jadi pilihan ramai. Namun terbaru prototaip kanta lekap dengan ciri boleh zoom in dan out telah dicipta.

Menariknya, kanta lekap ini boleh zoom in atau out dengan hanya mengelip mata dua kali. Teknologi terbaru ini direka oleh sekumpulan saintis dari University of California San Diego.

Wow, dah macam teknologi dalam filem Iron Man ya!

Prototaip kanta lekap terbaru.
Prototaip kanta lekap terbaru.

Difahamkan kumpulan saintis ini menggunakan signal elektro-colugraphic, (signal yang dihasilkan dari pergerakan mata). Signal ini dihantar kepada kanta biomimetic yang bertindak balas mengubah panjang fokus mata.

Biarpun rekaan ini masih di fasa percubaan dan protataip, namun kumpulan saintis ini telah mencubanya dan terbukti ia berfungsi dengan baik sekali.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Jika produk ciptaan mereka ini dapat dipasarkan tentu sekali ia membantu buat individu yang mengalami masalah kesihatan yang memberi kesan kepada penglihatan.

Pastinya jika ia mula dipasarkan pasti ramai yang mula meninggalkan kaca mata mereka. Mana tahukan?

Sumber: Endgadget

Screenshot_2019-07-31-07-07-35-656_com.android-tile

Siri Netflix Curi Perhatian Netizen Guna Rambutan Sebagai Buah ‘Alien’

SAT-1-tile

Lelaki Kongsi Gambar Bersama Wanita Cantik, Disangka Teman Wanita, Rupa-Rupanya…