in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Sanggup Diselaputi Lendir, Wanita Ini Tidak Dapat Dipisahkan Dari Siput Babi Peliharaannya

0_PAY-PET-GIANT-SNAIL-tile

Semua pemilik haiwan peliharaan pasti rasa sukar untuk berenggang dengan haiwan peliharaan mereka. Hanya pencinta haiwan yang sanggup badan mereka berparut dicakar kucing asalkan mereka dapat meluangkan masa bersama anak bulus mereka.

BACA: Pelanggan Minta Pekerja McD Selitkan Pai Epal Percuma Dalam Pesanan, Ini Balas Netizen

Berbeza pula dengan seorang wanita dari Poland yang mempunyai seekor siput babi sebagai haiwan peliharaan. Walaupun siput Magdalena Dusza tidak berbulu, dia tetap gemar berpelukkan dengan haiwan bercengkerang itu.

Tidak sangka siput itu dapat bertahan lama.

Menurut Magdanela, dia ternampak siput jenis African Giant itu di sebuah kedai haiwan dalam keadaan yang menyedihkan. Pada mulanya dia tidak mahu membeli haiwan itu kerana ia nampak seperti hampir tidak bernyawa, tetapi setelah tidak dapat tidur semalaman mengenangkan nasib malang haiwan berkenaan, dia membuat keputusan untuk mengubah kehidupan siput yang diberi nama Misiek itu.

0_PAY-PET-GIANT-SNAIL (1)

Ingin siput babi peliharaan sejak sekolah rendah.

Gemar makan pisang dan kentang, Misiek sering meninggalkan lendir pada badan Magda tetapi wanita itu langsung tidak kisah dan suka siputnya itu berada dalam dakapannya. Katanya dia telah mengimpikan untuk mempunyai seekor siput babi sejak sekolah rendah lagi apabila melihat haiwan berkenaan dalam kelas biologi.

0_PAY-PET-GIANT-SNAIL (2)

Sumber: Mirror

 

65882571_365766660988391_5392324840211991689_n-tile

“Geram Tgk Jari El…”- Lihat ‘Sunset’ Bersama, Foto Elfira & Suami Raih 140 Ribu Likes!

WhatsApp Image 2019-07-30 at 03.49-tile

Bawa Teman Wanita Berkayuh 24KM, Rupa-Rupanya Guna Trek Laluan Untuk Melamar