in ,

Speaker ‘Pelukan Teman Lelaki’ Untuk Menemani Wanita Bermain Permainan Telefon

otome-yuusha-01-tile

Jepun memang tidak asing lagi dengan penciptaan inovasi-inovasi pelik dan menarik. Terbaru, bantal peneman tidur mendapat sambutan ramai terutamanya kaum wanita yang ingin ‘berasa selamat’ dalam dakapan lelaki.

BACA: Bawa Teman Wanita Berkayuh 24KM, Rupa-Rupanya Guna Trek Laluan Untuk Melamar

Selain bertujuan untuk memberi keselesaan kepada pengguna, sebuah syarikat permainan telefon Otome Yusha baru-baru ini telah mengeluarkan ‘bantal pelukan teman lelaki’ yang mempunyai kelengkapan speaker di bahagian lengannya.

Bantal itu bakal diberi kepada pelanggan yang bertuah sebagai promosi permainan terbaru syarikat itu, ‘Hero of Maidens’ yang menumpukan kepada pemain wanita.

otome-yuusha-03

Bantal pelukan itu bukan sahaja dapat membisikkan kata-kata manis kepada wanita sambil memeluk mereka dari belakang, tetapi juga boleh dijadikan teman minum kopi dan bersiar-siar.

otome-yuusha-04

Walaupun ramai yang tidak sabar untuk cuba mendapatkan pemberian itu, ada netizen Jepun yang mengatakan mereka pasti akan ditangkap polis jika menggunakan ‘speaker’ itu di luar rumah. Beberapa orang juga sempat memuji bantal berbentuk tangan lelaki itu yang kelihatan begitu tegap.

Sumber: SoraNews24

WhatsApp Image 2019-07-30 at 03.49-tile

Bawa Teman Wanita Berkayuh 24KM, Rupa-Rupanya Guna Trek Laluan Untuk Melamar

ZHANG_2-tile

Obses Dengan Sains, Kanak-Kanak Dari China Terjumpa Telur Dinosaur Ketika Bermain