in ,

Spesis Ikan Baru Ditemui Dan Ia Dinamakan ‘Wakanda’!

ikan wakanda main

Buat peminat filem Marvel pastinya tahu ‘Wakanda’, nama negeri bagi superhero ‘Black Panther’. Baru-baru ini seorang saintis menemui spesis ikan baru dan ia dinamakan Wakanda.

BACA: Demi Biayai Rawatan Kanser Bapa, Budak Ini Main ‘Fortnite’ 10 Jam Sehari!

Saintis yang berpangkalan di Sydney itu mengesahkan penemuan menakjubkan spesis ikan baru di kedalaman lebih 60 meter dari permukaan laut diperairan Tanzania.

Ikan yang memiliki sisik berwarna ungu gelap dan memiliki panjang 6 meter itu dinamakan Wakanda sempena negara fiksyen dalam komik Marvel dan filem Black Panther.

Wakanda, negara yang wujud dalam filem Black Panther.
Wakanda, negara yang wujud dalam filem Black Panther.

Penemuan ini disahkan dengan bantuan pakar taksanomi Universiti Sydney, Yi-Kai Tea.

Menurutnya, kawasan ikan ini ditemui ialah di kawasan terumbu karang laut dalam di timur Zanzibar, Afrika ini dikenali sebagai twilight zone kerana menerima cahaya matahari yang sedikit.

Spesis ikan baru yang dinamakan Wakanda.
Spesis ikan baru yang dinamakan Wakanda.

Malah nama Wakanda itu juga dipilih kerana mereka mahu merapatkan jurang antara masyarakat umum dan komuniti saintis.

“Apabila menemui spesis ikan baru ini di kawasan terumbu terpencil yang tidak diterokai di Afrika ini kami tahu kami perlu menamakan spesis baharu itu sempena Wakanda,” katanya.

Tidak sangka jugakan begitu kuat pengaruh filem adi wira, Black Panther ini sehinggakan spesis ikan baru ini boleh dinamakan sempena nama negeri filem fiksyen ini. Hebat!

Sumber: Forbes

66402505_2380550385522228_7235983964413292852_n-tile

Foto Dikatakan ‘Nampak Macam Buncit’, Ini Balas Raysha Rizrose

65897250_474722726435740_3994524143872689184_n-tile

“Malam Ni Genap Satu Bulan…”- Peminat Seronok ‘Cinta Halal’, Doa Hadi & Dayana Kekal