in

Status WhatsApp Bakal Boleh Dikongsi Terus Ke Facebook Dan Instagram

main whatsapp status FB

Aplikasi sistem kiriman ringkas, WhatsApp antara pilihan ramai pada hari ini. Penggunaannya ringkas, asal ada internet sudah boleh digunakan tanpa sebarang caj tambahan.

BACA: Video Latihan Kecemasan Zoo Di Jepun Ini Buat Haiwan Sebenar Yang Tonton Pun Nampak Pelik!

Pada 2017, WhatsApp memperkenalkan ciri ‘status’ yang membolehkan penggunanya memuat naik gambar, video  dan catatan yang akan berkekalan dalam tempoh 24 jam. Fungsinya sama sahaja dengan Facebook Story dan Insta Stories.

Menerusi laporan The Verge, WhatsApp kini sedang dalam tempoh percubaan ciri terbaharu yang membolehkan pengguna update status di WhatsApp dan akan terus dikongsi ke Facebook Story dan Instastory.

whatsapp_dpa

Biarpun begitu, ciri terbaru dari WhatsApp itu tidak akan menghubungkan akaun pengguna dengan semua media sosial lain secara automatik walaupun ada pautan terus. Ini bermakna kesemua platform media sosial ini tidak akan mengabungkan data yang ada. Jadi anda tidak perlu risau jika nombor telefon anda ‘bocor’ di platform media sosial itu.

Pendek kata pengenalan ciri terbaru ini hanya sebagai memaksimumkan perkongsian data iOS dan Android APIs yang digunakan oleh semua aplikasi lain.

2016_06_13_6384_1465811019._large

Selain itu WhatsApp turut mahu pengguna yang membuat keputusan sama ada berkongsi status di platform sosial media lain atau pun tidak.

Setakat ini WhatsApp mempunyai 500 juta pengguna setiap hari dan dilaporkan bakal menjadi antara platform aplikasi pesanan ringkas yang pertama mempunyai iklan tahun depan.

Sumber: The Verge

2

Wow! 800 Ribu Tontonan, Bella Astillah & Adik Menari Lagu BTS ‘Boy With Luv’

3

Buat Part Time Tak Cover Hidung, Shuib Jumpa Tukang Gunting Sebijik Rupa Zizan, Ini Pula Balasnya…