in ,

Suka Sangat Minta Ais Krim Percuma, Peniaga Minta ‘Influencer’ Bayar ‘Double’!

makan ais krim percuma 1-tile

Zaman sekarang ini rasanya mudah sahaja untuk orang claim diri mereka sebagai influencer. Hanya perlukan followers dalam jumlah tertentu, mereka sudah dakwa diri sendiri sebagai influencer.

BACA: Nor ‘Phoenix’ Diana, Pro Wrestler Berhijab Pertama Dari Malaysia!

Apa yang menarik kalau jadi seorang berpengaruh di media sosial ini? Ada yang berpendapat mereka akan menggunakannya untuk mendapatkan servis, barangan dan juga percuma.

Dengan alasan mereka akan memberikan pendedahan (exposure) percuma kepada peniaga tersebut.

Namun begitu tidak ramai yang bersetuju dengan taktik mereka ini. Seorang peniaga ais krim dikatakan telah muak dengan perbuatan sesetengah influencer ini yang hanya mengambil kesempatan.

makan ais krim percuma 3

Ini kerana dia sering didatangi oleh golongan ini dan meminta ais krim percuma dan berjanji akan mempromosikan ais krimnya itu di sosial media.

Muak dengan keadaan itu, peniaga trak ais krim ini membuat peraturan dengan mengenakan harga dua kali ganda kepada kelompok influencer ini.

Menerusi postingnya di laman Instagram, dia menulis:

“Kami buat keputusan untuk sediakan papan tanda baru. Kami tidak peduli jika anda adalah influencer atau berapa ramai pengikut yang anda ada. Kami tidak akan berikan ais krim percuma sebagai tukaran untuk post di sosial media. Harga ais krim ini $4 dan sekarang ianya $8 untuk anda.”

Memang terbaik betul tindakan lelaki ini!

Sumber: CNN

65181492_165453614493626_8674327523311876721_n-tile

“Bukak Je Terus…”- Foto Seksi Zizi Kirana, Ini Kritikan Pedas Netizen!

3

“Lelaki Boleh Demand…”- Video Isu ‘Hantaran RM 15,000’, Gadis Ini Sekali Lagi Dimaki Lelaki!