in ,

Foto Tidak Cukup Pengaruh Dalam Menu, Milk Tea Kini Jadi Inspirasi Warna Rambut Popular Di Asia!

girl-sipping-bubble-tea-getty-1120-tile

Milk tea atau teh susu adalah minuman yang paling popular ketika ini. Semua pengusaha restoran dan kedai minuman tidak akan terlepas untuk menyertakan minuman itu ke dalam menu mereka. Beberapa hidangan makanan orang Asia seperti nasi dan ramen turut terkena tempias boba milk tea.

BACA: Selepas Khabar Angin Terbukti Palsu, ‘Momo Challenge’ Kini Bakal Dijadikan Filem Seram

Jika anda rasa pengaruh milk tea tidak boleh pergi lebih jauh dari itu, anda salah kerana milk tea kini telah mula menjadi trend warna rambut yang popular di Asia!

Salon-salon di Jepun dan Singapura telah mula menawarkan warna rambut yaang seakan-akan sama seperti warna minuman itu, dan ramai yang menayangkan rambut teh susu mereka di Instagram dengan hashtag #milkteahair.

Walaupun milk tea dan boba telah mempengaruhi banyak makanan dan minuman di seluruh dunia, kombinasi warna susu dan teh juga telah memberi inspirasi kepada pakar kecantikan rambut dan pengusaha salon.

View this post on Instagram

奶茶色讓你超顯白 誰說男孩不能駕馭這髮色🤗 帥氣又亮眼😎 歡迎新朋友加入改造 妳透過FB. IG. 美髮平台或是朋友介紹 只要妳想變美變得更不一樣 來來來🙌🙌🙌 黛比讓妳小小改造大大不同😋 👀看過…☝滑過…👉千萬別錯過喔~ 記得多多幫我們按讚分享喔🤗 首次來店剪髮可享8折優惠 客制化染&燙量身訂價 ✂設計師 ▶Debby 預約專線:0955675465 預約LINE▶@sfs1972z (採預約制) 地址▶台北市忠孝東路四段67-8號9樓H室 捷運▶忠孝復興站(地下街14號出口) 💈哨子麵巷子進來右邊第一棟,請至二樓搭電梯🐾🐾 粉絲團追蹤▶Debby Hair Studio #台北東區#染髮 #東區剪髮 #剪髮#男生髮型#壞壞奶茶色#東區髮廊#美容室 #型男#撮影モデル #男士髮型#外国人風カラー#潮男#milkteahair #taipei#hair#menshair#haircut#haircolor #fashion#amazing#work#hairsalon#curls #like4like #hairstylist#americansalon#picoftheday#emoda#boy

A post shared by Debby Hair Studio (@debbypeng0627) on

Menurut Allure, warna rambut milk tea adalah disifatkan sebagai warna coklat kekuningan dengan tona tidak terlalu hangat dan tidak terlalu dingin, jatuh di antara warna coklat muda dan kuning tua.

Terdapat banyak cara untuk mendapatkan warna rambut inspirasi minuman popular itu, antaranya adalah dengan menetapkan warna tona hangat pada akar yang perlahan-lahan bertukar kepada warna abu di bahagian hujung rambut.

View this post on Instagram

#milkteahair #colormixbyjinz

A post shared by James Bong (@jamesbong_jinz) on

Sumber: Allure

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

58468859_2854494691442983_7175885718881476075_n-tile

Ruhainies Muat Naik Foto Makanan, Dikatakan “Badan Kecik Tapi Kuat Makan”

WhatsApp-Image-2019-07-11-at-21.48-tile

Kagum Kanak2 Prasekolah Goreng Ikan Untuk Bapa, Rupa-Rupanya…