in ,

Turun Ke ‘Gate’ Pelepasan Di ‘Changi Airport’ Guna Gelongsor, Pasti Seronok!

slide in the airport main

Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Singapura pastinya pernah berada di lapangan terbang Changi bukan? Lapangan terbang ini kini sedang tular dengan binaan ‘Jewel’, yang dikatakan sungguh indah infrastrukturnya.

BACA: Lelaki Ini Dipuji Ramai Kerana Tidak Malu Jadi Badut Sementara Tunggu Dapat Kerja Tetap!

Terbaru, satu lagi rekaan gelongsor di dalam Lapangan Terbang Changi menjadi tular. Jika kebiasaannya dalam perjalanan menuju ke gate (pintu) anda perlu melalui banyak kedai yang menjual coklat, minyak wangi dan sebagainya.

Tapi di Lapangan Terbang Changi perjalanan menuju ke gate lebih seronok dengan menaiki gelongsor setinggi 12 meter!

slide in the airport 3

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh Yusuf El Askary yang mencuba gelongsor untuk turun ke gate di dalam terminal empat. Nampak macam sungguh menyeronokkan.

Biarpun begitu, gelongsor di dalam video itu bukanlah yang paling besar berada di lapangan terbang tersebut.

Satu lagi gelongsor yang berketinggian 12 meter berada di terminal tiga. Gelongsor tersebut berada di tingkat satu dan menuju ke tingkat ketiga ruang bawah tanah.

slide in the airport

Difahamkan gelongsor yang berada di terminal empat adalah percuma untuk digunakan semua orang.

Manakala gelongsor yang tertinggi di terminal tiga memerlukan pengunjung untuk berbelanja sekurang-kurangnya £8 (RM41.18) di mana-mana restoran atau kedai di dalam lapangan itu.

PRI_75224958 (1)

Kalau macam ini hiburan yang ada memang wajarlah ia memenangi lapangan terbang terbaik di dunia!

Sumber: Metro

WhatsApp Image 2019-07-16 at 06.56-tile

Nyanyi Lagu ‘A Whole New World’ Dengan Bacaan Qalqalah, Netizen Puji Lebih Baik Dari Aladdin Original

51953647_298769197474039_6125824093177347228_n-tile

“Doakan Till Jannah Semua…”- Aeril Tak Sangka, Syukur ‘8 Tahun’ Sudah Hidup Bersama Isteri