Pasti kelakar apabila kita kenang semula zaman kanak-kanak ditangkap ibu bapa ketika sedang melakukan perkara yang bukan-bukan dan tidak berfaedah.
BACA: “Mak Die Tetiba Xde Suara Tu..”- Bila Anak Minta ‘Mama’ Baru, Ini Reaksi Lucu Netizen!
Seperti yang dapat dilihat dalam satu video yang tular, seorang budak lelaki sedang merakamkan video tarian ‘raver’ apabila ibunya melangkah masuk dengan membawa pemukul lalat kerana dia tidak datang apabila dipanggil.
This is still funny to me 😭😭😭 pic.twitter.com/ly3W5a8spP
— Loo (@loofranchot) August 12, 2019
Malangnya budak lelaki tersebut tidak sempat menoleh kebelakang apabila pukulan ibunya hinggap di punggung.
Dalam keadaan mencemaskan itu, adiknya yang sedang merakam aksinya tiba-tiba keluar dari pandangan dan berlari ke arah pintu.
Yang paling buat berdekah adalah budak perempuan itu berpatah balik untuk mengambil telefon dan reaksinya menjerit untuk mengelak pukulan ibunya juga sempat masuk ke dalam rakaman.
Walaupun video itu dikatakan sudah lama tersebar, netizen masih tidak dapat berhenti mentertawakan gelagat kedua beradik itu.
“Tengkorak raver…”
“Tak boleh nak tahan gelak…”
“Muka adik dia kena kejar…”
“Bila abang kena..adik pun mesti kena…”
“Last part paling win…”
Sumber: Twitter