Sebelum ini khabar angin ada mengatakan bahawa bintang TV Malaysia yang membawa nama ke Hollywood, Henry Golding adalah salah seorang calon yang sedang dipertimbangkan untuk memainkan watak dalam filem Black Panther.
BACA: Dikatakan Seiras, Lisa Surihani Tawar Diri Jadi ‘Kak Long’ Ben Amirr
Kini namanya disebut untuk membintangi filem superhero G.I. Joe pula. Menurut sumber yang mengikuti perkembangan filem itu dari dekat, Henry Golding adalah calon utama untuk memainkan watak Snake Eyes dalam filem berkenaan.
Go Joe news: @henrygolding in talks to star in, and as, SNAKE EYES, the G.I. Joe spinoff https://t.co/sdZ6hBHA2w
— Borys Kit (@Borys_Kit) August 14, 2019
Henry yang membuat debut lakonannya pada tahun lepas melalui ‘Crazy Rich Asian’ akan memainkan komando ninja kegemaran peminat dari fancais itu. Netizen juga rata-rata menyokong keputusan itu dan meluahkan keterujaan mereka di Twitter.
My 8 year old self just fell out of the chair reading this!
I can already imagine Henry Golding as my favorite G.I. Joe, #SnakeEyes. https://t.co/7FTnFGyVWq— Amogh Huddar ❄️ (@imakryptonian) August 14, 2019
I know @jonmchu isn’t involved in #SnakeEyes, but I’m thanking him anyway since he made #GIJoeRetaliation (legit one of my fav movies) and discovered @henrygolding pic.twitter.com/5s4oj0IlQ2
— Keith Chow (@the_real_chow) August 14, 2019
Heard @henrygolding in the final negotiations to play #SnakeEyes they really didn't do him justice in the previous movies, hope this reboot is good. also glad it's a spinoff about him 😁 pic.twitter.com/FevdSpNnoz
— BossLogic (@Bosslogic) August 14, 2019
Namun ada juga yang mempersoalkan pemilihan anak kacukan Iban-Inggeris itu kerana watak Snake Eyes adalah orang kaukasian yang dibesarkan oleh keluarga Jepun.
“Dia separa kaukasian jadi dia boleh main watak asian dan watak kaukasian…”
“Membazir bakat…Snake Eyes takde dialog…”
Apa-apa pun tahniah Henry Golding kerana dapat melonjakkan nama dan imej Malaysia ke persada seni antarabangsa. Dengan popularitinya sekarang mungkin tidak lama lagi dia akan dapat main watak James Bond pula.
Sumber: Hollywood Reporter