in ,

“Adoi, Kelakarlah Bang!”- Azhan Rani Buat Hal Nyanyi Lagu ‘Wonder Pets’ Dalam Hutan

azhan rani wonderpets main

Nama Azhan Rani bukanlah baru di persada seni tanah air, namun watak Ustaz Hamadi dalam siri drama Nur terlalu memberi kesan kepada penonton. Namun agaknya masih ramai yang belum tahu Azhan Rani turut memiliki karakter yang sangat bersahaja bila di luar set pengambaran.

BACA: Rakaman Budak Bersiap Pergi Sekolah Lepas Bangun Tidur Waktu Malam Buat Ramai Berdekah!

Ini terbukti apabila baru-baru ini, Azhan Rani berkongsikan satu video ketika dia mendaki Gunung Buah Bunga, Genting Highlands melalui akaun Instagram miliknya.

Video yang dikongsikannya meraih lebih dari 63,000 tontonan sejak dimuat naik semalam. Dalam rakaman itu, kelihatan Azhan Rani sedang menyanyi lagu tema rancangan kanak-kanak ‘Wonderpets’.

Adoi, boleh tahan ‘masuk air’ juga ya pelakon lelaki ini.

Rata-rata yang menonton gelagatnya ini turut terhibur dan meninggalkan komen seperti berikut:

“Adoi tak tahulah dah repeat berapa puluh kali tgk ni…”

azhan rani wonderpets 2-tile

“Lagi abg Azhan crak. Lagu wonderpet keluar”

azhan rani wonderpets-tile

“Hahahha teringat balik sekolah tengok wonderpet”

azhan rani wonderpets 1-tile-tile

Sumber: Azhan_Rani

game kakak main

Rakaman Budak Bersiap Pergi Sekolah Lepas Bangun Tidur Waktu Malam Ini Makin Tular!

66478489_127247241882631_2214932176485656135_n-tile

‘Followers’ Aliff Syukri Dikejutkan Dengan Video Nyanyian Upiak, Memang Best!