in ,

Bayangkan Jika Kucing Miliki Saiz Berkali Ganda Besarnya. Ini Mungkin Terjadi…

kucing gergasi main

Antara haiwan yang agak setia dan manja dengan manusia, kucing menjadi pilihan ramai untuk dipelihara. Bulunya yang gebu dan cantik membuatkan peminat kucing geram dengan haiwan yang satu ini.

BACA: Dua Budak Buat Model Replika Pelbagai Kenderaan Guna Kotak Ini Cukup Kreatif Dan Hebat!

Namun begitu, pernah atau tidak anda terfikir jika haiwan manja ini berkali ganda besarnya dari saiz biasa?

Bayangkan saiz kucing gergasi ini yang tingginya tiga meter dengan bulunya yang gebu dan cukup manja.

Seorang artis dari Rusia, Andrey Scherbak menghasilkan gambaran kucing gergasi ini di dunia realiti dan berkongsikan melalui akaun Instagram miliknya.

Hasil editing Andrey rata-ratanya nampak seperti kucing itu cukup real dan berikut adalah antara gambaran kreativitinya:

kucing gergasi 1-tile

kucing gergasi 2-tile

kucing gergasi 3-tile

kucing gergasi 4-tile

kucing gergasi 5-tile

kucing gergasi 6-tile

kucing gergasi 7-tile

kucing gergasi 8-tile

Biarpun bersaiz gergasi, tapi tetap nampak comel!

Menurut Andrey, dia sendiri memiliki dua ekor kucing. Seekor jantan yang diberi nama Pif dan seekor lagi betina yang diberi nama Panya.

Tambahnya lagi, idea untuk menghasilkan projek kucing gergasi ini datang tanpa diduga. Ketika dia melihat foto dari albumnya, dia terlihat salah satu foto yang berlatarbelakangkan hutan.

Dari situ dia mula mendapat idea untuk menghasilkan projek ini yang cukup dekat dengan kehidupan sebenarnya yang sukakan kucing. Malah dia turut membuat satu akaun Instagram khas untuk berkongsi foto-foto kreatif dia bersama kucing.

Sumber: odnoboko

67475521_134443771122545_3113625932072945041_n-tile

“Mcm Helok Je Ni…”- Netizen

intan

“Fuyoo, Mcm Angkat Kertas”- Netizen Terkejut, Video Idris Khan ‘Angkat’ Intan Najuwa!