in

Biarpun Miliki Degree Engineer, Anak Muda Ini Jadi ‘Rider’ Dipuji Ramai!

degree rider main

Rezeki setiap individu itu berbeza-beza. Biarpun sudah dirancang bertahun-tahun jika ada rezeki pasti tidak akan ke mana. Di saat ramai yang mengatakan anak muda kini memilih kerja menjadikan mereka golongan penganggur, namun berbeza buat pemuda ini.

BACA: Bakal Warnai Kaca TV? Youtuber ‘Sohor’ Post Foto Bersama Datuk AC Buat Ramai Gembira!

Berkongsikan kisahnya yang lima tahun menghabiskan masa untuk selesaikan pengajian ijazah sarjana muda kejuruteraan, tapi kini dia berjaya bergelar ‘Food Distribution Engineer’. Dalam kata lain dia bekerja sebagai penghantar makanan.

Kisahnya itu menarik perhatian ramai dengan lebih daripada 14,000 retweets dan 16,300 tanda suka.

Tweet yang ditulis oleh pemuda ini.
Tweet yang ditulis oleh pemuda ini.

Menurut pemilik akaun Twitter, Cukey28 ini, biarpun dia bekerja sementara sebagai penghantar makanan, namun dia tetap bersyukur kerana dapat mencari rezeki buat keluarganya.

Malah dia turut akui pekerjaannya ini hanyalah sementara dan kini masih sedang mencari kerja tetap.

Rata-rata netizen memuji kecekalan dan kegigihan pemuda ini dan memberikan kata semangat di ruangan komen seperti berikut:

“Rezeki di mana-mana jangan putus asa, janji kerja Halal”

degree rider 1

“Samalah kita bro, 4 tahun belajar Diploma Kemahiran Malaysia kos Teknologi Elektronik….”

degree rider 2

“Rezeki ni rahsia Allah”

degree rider 3

Sumber: Cukey28

bella

Kongsi Video, Ramai Rakan Selebriti Wanita Syukur & Ucap Tahniah, Bella Dally Hamil?

67565095_124753822191093_7088472885969603641_n-tile

Bakal Warnai Kaca TV? Youtuber ‘Sohor’ Post Foto Bersama Datuk AC Buat Ramai Gembira!