in ,

Bioadata Ben Amir

biodata ben amir main

Nama Ben Amir sering kali disebut sejak akhir-akhir ini lantaran drama ‘Sweet Dreams’ yang sedang ditayangkan di slot MegaDrama melalui saluran Astro Ria. Sebelum drama ini mula ditayangkan lagi namanya sudah menjadi tajuk di laman sesawang hiburan tanah air.

BACA:Β β€œNak Kahwin Ke Tak Ni Puteri?…”- Ben Amir

Siapa sebenarnya lelaki yang menjadi ‘kegilaan’ ramai ini? Jom kenali jejaka hangat di pasaran ini.

Biodata

NAMA PENUH: Muhammad Amir bin Sabaruddin
NAMA PANGGILAN: Ben Amir
TARIKH LAHIR: 13 Mei 1990
ASAL: Kuala Lumpur
UMUR: 29 Tahun
PENDIDIKAN: Diploma Pengajian Perniagaan, UiTM Melaka
INSTAGRAM: benamirr

Kerjaya

Memulakan kerjaya sebagai model dan pelakon selepas menjadi finalis Hero Remaja pada tahun 2012 disamping Fattah Amin, Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Nazrief Nazri, Saharul Ridzwan dan Fendy Bakry. Kesemua finalis ini sudah pun bergelar pelakon yang kian diminati ramai.

Ben Amir terus dilamar untuk berlakon drama Fira Ayuni disamping Faralyna Idris selepas selesainya Hero Remaja.

Namun namanya mula dikenali dalam drama Suri Hati Mr. Pilot, memegang watak sebagai Dr. Muslim. Drama ini Ben Amir berlakon bersama Neelofa dan Fattah Amin pada 2016.

Selain itu dia juga turut berlakon dalam beberapa drama lain seperti Sejadah Untuk Dia, Playboy Itu Suami Aku, Spanar Jaya dan banyak lagi serta filem Romeo Kota.

Terbaru, lakonannya sebagai Qash dalam drama Sweet Dreams disamping Mira Filzah, Nina Jurin dan di bawah arahan Michael Ang.

Penampilannya yang berambut panjang dalam drama ini menarik perhatian ramai kerana dia kelihatan cukup berbeza dari sebelumnya.

Foto terkini

biodata ben amir 1-tile

biodata ben amir 2-tile

biodata ben amir 3-tile

biodata ben amir 4-tile

biodata ben amir 5-tile

biodata ben amir 6-tile

biodata ben amir 7-tile

 

Sumber: Wikipedia / benamirr

page-tile

Post Foto Pergi ‘Hiking’, Adik Pecah Temberang Kakak Di Twitter

187-fec7bf84-7aaf-4fc8-af3e-3d46ac5cbc04-1-5d51262a8f1ea__880-tile

Lelaki Cipta Alat ‘Selfie Kucing’ Untuk Buat Kucing Lihat Kamera Ketika Bergambar