in

Biodata Mira Filzah

biodata mira filzah main

Mira Filzah, nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan malah sebagai pengacara model dan juga usahawan.

BACA: Biodata Intan Najuwa, Pelakon Kecil Molek Sering Jadi Tumpuan Ramai!

Boleh dikatakan setiap watak yang dilakonkannya menjadi hit dan yang terbaru adalah wataknya sebagai ‘Puteri’ dalam drama ‘Sweet Dreams’. Jom kita kenali lebih lagi mengenai gadis kecil molek ini!

Biodata

NAMA PENUH: Nur Amirah Filzah Binti Badioezaman
NAMA POPULAR: Mira Filzah
TARIKH LAHIR: 2 April 1993
TEMPAT LAHIR: Ipoh, Perak
UMUR: 26 Tahun
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa, Universiti Teknologi MARA
INSTAGRAM: mfmirafilzah

Kerjaya

Pada usia 17 tahun, Mira Filzah sudah mula berjinak-jinak dalam dunia peragaan dan kemudiannya dalam industri lakonan.

Pembabitan pertamanya dalam dunia lakonan adalah sebagai ‘Lola’ dalam drama berjudul Dunia Lola. Drama ini adalah hasil kerjasama bersama jenama syampu terkenal, Sunsilk.

Kemudian Mira berlakon drama Eksperimen Cinta bersama Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad. Drama ini adalah selepas dua tahun dia berehat bagi menumpukan perhatian pada pelajarannya di UiTM pada ketika itu.

Pada 2015, nama Mira Filzah kian dikenali selepas foto-fotonya yang berpakaian seragam JPJ tular di sosial media. Pada ketika itu dia mempromosikan telefilem Din Sardin.

Antara drama lain yang dilakonkannya adalah Ketupat Palas Mr. Handsome, Abang Bomba I Love You, Meh Sandar Pada Aku, Pelangi Cinta, Rahsia Hati Perempuan, Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati Kanda dan banyak lagi.

Terbaru adalah drama Sweet Dreams arahan Michael Ang disamping Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren dan ramai lagi. Selain itu, Mira turut terlibat dalam filem Sangkar yang akan menemui penonton di pawagam 29 Ogos nanti.

Foto terkini

biodata mira filzah 1-tile

biodata mira filzah 2-tile

biodata mira filzah 4-tile

biodata mira filzah 5-tile

biodata mira filzah 6-tile

biodata mira filzah 7-tile

biodata mira filzah 8-tile

Sumber: mfmirafilzah / Wikipedia

cap

Pernah Viral Iras Neelofa, Kini Rap ‘Haa Tepok’ Versi Hawa Rizwana Pula Viral Disukai Ramai!

68656343_2334996486768878_8671680399892003697_n-tile

Ramai Sokong & Mahu Undi Jika Pelakon ‘Drama Spontan’ Masuk ABPBH!