in

Buat Kejutan Beri Hadiah Motor, Lelaki Ini Buat ‘Air Mata Jantan’ Bapanya Gugur

hadiah motor abah main

Jasa ibu bapa membesarkan dan mendidik kita menjadi manusia tiada yang dapat membalasnya biarpun dengan segunung emas. Namun sebagai anak, menggembirakan ibubapa sedikit sebanyak membahagiakan.

BACA: Tular Pekerja Shell Mandikan Anak Kucing

Baru-baru ini tular di sosial media dengan satu rakaman seorang lelaki yang membuat kejutan pada bapanya dengan menghadiahkan sebuah motosikal.

Video tersebut dikongsikan oleh Amirul Syahmi Ahmad Amran dan raih hampir 180,000 tontonan dan lebih dari 12,000 retweets.

Motosikal tersebut dihadiahkan oleh dia dan adik-beradiknya yang lain. Menurutnya, mereka kesiankan bapanya berulang-alik dari Sungai Buloh ke Kuala Lumpur menaiki motosikal lama Lagenda membuatkan mereka sepakat untuk hadiahkan motosikal baru ini.

Tambah lelaki ini, sudah dua bulan mereka merancang untuk membuat kejutan ini kepada bapanya. Dan ternyata perancangan mereka berjaya dan bapanya turut sebak menerima hadiah tersebut.

Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada adik-beradik lelaki ini kerana membahagiakan ibubapa mereka dengan cara tersendiri.

Sumber: encik_asaa

shila

4 Sahabat Selebriti Berbeza Kerjaya Sambut ‘Birthday’ Peminat Suka Tengok!

67561459_1300986396750528_6278399409692385055_n-tile

“Tak Heran La Takat Hack IG Mama. Kenapa Dulu Muka Adik Macam ‘Pinggan Ikea’ Ek?…”